Dedikasi istimewa untuk permata hati kami...

Friday, November 19, 2010

Trip to Langkawi - Part 1

Entry aku kali ni mungkin boleh dijadikan sedikit panduan untuk pembaca yang ada plan nak ke Langkawi. Baru hari ni aku berkesempatan nak update pasal trip aku, husband and my family ke Langkawi. Kami ke sana pada 29 Oktober sampai 31 Oktober 2010 yang lepas dengan flight Air Asia yang aku dan husband dah book sejak dari bulan 5 lagi.

Kami bertolak dari Meru, Klang (rumah parent aku) jam 4.15 pagi sebab flight kami jam 7.30 pagi. So, kena bertolak awal untuk check in dan solat Subuh kat LCCT, Sepang. Actually ini my first experience aku, mak and adik-adik naik flight. Husband and ayah aku dah biasa. Nervous ada, takut pun ada... maklumlah, aku nak naik ni berdua (dengan baby dalam perut). Macam-macam kemungkinan aku fikirkan. Yelah... masa book tiket dulu belum pregnant lagi. Aku pulak masa tu siap google semua pasal Langkawi daripada tempat nak stay, kereta sewa, attraction places kat sana dan dah siap plan aktiviti-aktiviti nak buat kat sana lagi. Bila urusan booking dah settle baru aku dapat tahu dah 'lekat'. Nak tak nak kena pergi jugak la kan... Mujurlah aku dah masuk 2nd trimester masa ni... So, rasa secure la sikit. Masa last check up aku, Doktor pun cakap supaya jangan risau sangat but still kena berjaga-jaga jugak kan. Dia nasihatkan jangan terlampau banyak sangat berjalan sebab takut mummy penat and baby stress. So, plan aku nak naik bot dan trekking ke Tasik Dayang Bunting, Pulau Beras Basah dan Pulau Singa Besar nanti terpaksa la di'cancel'kan...


Me and my husband kat boarding area. Masa ni tengah nak tunggu flight ready. Kat luar tu boleh nampak flight Air Asia. Cuaca gelap lagi sebab hujan lebat pagi tu.

Pukul 7.25 pagi flight dah start pusing ke runway untuk berlepas. Aku, husband and 2 orang lagi adik aku dapat seat yang paling belakang sekali. Tapi ayah aku tersesat sorang kat lokasi seat tengah-tengah. Masa flight naik tu mak aih aku rasa macam punggung tertinggal kat bawah jer. Mungkin sebab kami duduk barisan paling belakang, so impact dia lebih terasa. Masing-masing excited... yelah first time naik flight! Kelakar pun ada... Tapi overall ok la. Masa nak landing di Langkawi Airport pun rasa smooth je pilot ni bawak flight dia. Tak rasa terhentak pun. Experienced pilot la katakan.

Cuaca di Langkawi pagi tu baik. Tak panas dan tak mendung sangat tapi a bit windy...

wajib pose depan flight la kan...

First thing yang kami buat bila sampai di Langkawi Airport - cari kereta sewa. Masuk-masuk je Langkawi Airport tu banyak kaunter travel agent kat situ. Biasanya diorang ni provide servis kereta sewa jugak. So, sesiapa yang memang tak buat booking dari awal lagi jangan risau sebab diorang ni seawal pukul 8.30 memang dah bukak kaunter. Macam aku, aku memang dah siap-siap book kereta sewa, dan chalet sebelum ke Langkawi lagi. Sebab senang, tak payah tercari-cari lagi bila tiba di Langkawi. Masa pun boleh dijimatkan. Tapi apa pun terpulanglah pada perancangan masing-masing kan. Nasihat aku, kalau sape-sape nak pergi Langkawi waktu cuti sekolah, better book awal-awal sebab takut penuh atau tak dapat apa yang kita cari dan nak. And one more thing, rate kat sana waktu peak season and non peak season berbeza. Kalau peak season (cuti sekolah/cuti umum/perayaan) semua servis naik harga.

Aku buat booking kereta sewa dengan Gerteknik Sdn. Bhd. Booking untuk Toyota Innova sebijik. Tapi bila sampai kaunter, agen tu boleh cakap Innova dah penuh. Dah ada orang book. Padahal aku dah book sebulan lebih awal. Siap letak deposit lagi. Macamana dia boleh let go kat orang lain pun aku tak tau. Hampeh tul la... Aku tetiba rasa nak marah pulak tapi memandangkan mood aku baik lagi kan pagi tu (yelah dalam mood bercuti) so aku tak bising la. Agen tu provide Toyota Isis kat kami. MPV 7 seater jugak macam Innova tapi kecik sikit, but harga sama. Aku yang dah malas nak bertekak, setuju jela. Lagi pun dah bayar deposit kan. Mujurlah condition kereta ok.

Lepas ambik kunci dan sumbat beg dalam kereta, kami terus drive ke Pantai Cenang sebab ingat nak check-in kat chalet yang kami dah book di situ. Kami menyewa 2 buah bilik Deluxe di Langgura Baron Resort. Sampai kat sana, kami hampa sebab belum boleh check-in lagi. Bilik yang kami book masih ada orang yang stay kat situ. So, kena tunggu pukul 2 petang nanti baru boleh check-in. Aku tak kisah sangat la pasal tu sebab kami boleh terus pergi berjalan-jalan. Tapi untuk mengelakkan kejadian yang sama berlaku macam kes kereta sewa tu, aku terus buat bayaran penuh untuk 2 buah bilik tu sebagai secure booking. Staf kat chalet tu pun dah janji yang 2 bilik tu untuk famili aku je. Lagipun, kami rasa lokasi resort tu pun bagus sebab betul-betul dekat dengan pantai. Harga pun ok. Nak stay kat chalet-chalet lain yang popular kat pantai Cenang macam AB Motel, Malibest Resort, semua dah fully booked.

macam ni lah lebih kurang bilik yang kami book tu

Dari Langgura Baron Resort, kami terus ke sebuah warung tepi jalan di persisiran Pantai Cenang tu untuk sarapan pagi. Lepas sarapan, kami terus ke Kota Mahsuri. Ayah dan husband aku cakap Kota Mahsuri sekarang dah banyak berubah. Waktu diorang pergi tahun 90-an dulu tak ada Kota Mahsuri ni. Cuma ada Makam Mahsuri je. Sekarang diorang dah buat macam satu tempat besar yang merangkumi Makam, Muzium Mahsuri, Perkampungan Kedah, Rumah Mahsuri dan Telaga Mahsuri dalam satu Kota. Masa kami sampai banyak jugak budak-budak sekolah yang ada kat situ. Ikut rombongan sekolah kot.



Dekat Kota Mahsuri ni jugak kalau nak shopping kain batik jawa, t-shirt2 dan minyak gamat pun boleh. Murah-murah belaka. Banyak gerai-gerai kecik dekat bahagian luar Kota Mahsuri yang jual barang-barang tu. Kat sini adala aku shopping 3 helai batik jawa, sehelai pelekat untuk bapak mertua, t-shirt sehelai dua dan minyak gamat. Kain batik jawa boleh dapat dengan harga serendah RM9-RM10 sehelai. Tapi aku tak berani nak beli banyak sebab takut masa nak balik nanti kena tax pulak kat Langkawi Airport. Minyak gamat pulak kalau botol panjang kurus tu boleh dapat RM8 untuk 15 botol. Banyak tu. Boleh bagi kat sedara-mara dan kawan-kawan bila balik nanti. Picture waktu shopping aku tak ada la pulak. Mana sempat nak keluarkan kamera haih kalau mata dah rambang! hehehe...

Dari Kota Mahsuri, kami ke Pekan Kuah pulak. Singgah sekejap di Dataran Helang. Ni antara tempat wajib la kan kalau ke Langkawi. Kat sini takde apa yang menarik pun selain replika helang gergasi tu. Kat sini kalau nak bergambar kenang-kenangan boleh la. Lama jugak kami kat sini. Siap naik sampai ke kaki burung helang tu nak ambik gambar. Mujurlah cuaca tak panas langsung. Lepas habis bergambar, waktu sembahyang Jumaat pun dah nak masuk. Kami pun terus ke Masjid Al-Hana Pekan Kuah. Yang lelakinya kena sembahyang Jumaat la kan. Aku dan mak pulak tunggu dalam kereta je. Kami pun ambik kesempatan relax. Mak aku siap sampai terlelap dalam kereta tu.




Selesai solat Jumaat, kami terus cari kedai makan. Perut pun dah lapar. Kami singgah warung tepi jalan dekat Pekan Kuah tu. Tokey macam orang Siam. Lauk pun dah tak berapa nak ada. Dah pukul 2.00 lebih kan... So tinggal sikit je la. Takpela... janji kenyang sudah. Lepas lunch, terus ke chalet untuk check-in. Sampai-sampai je terus baring atas katil. Penat sungguh. Petang tu kami hanya berehat dalam bilik. Dalam pukul 5 petang kami lepak-lepak di Pantai Cenang. Husband and adik-adik aku mandi laut. Aku cuma jaga barang je kat tepi pantai. Mood nak mandi belum ada la.. Memang ramai manusia petang tu kat pantai. Macam-macam rupa. Ada bawak famili, ada yang seksi berbikini. Perghhh... Ayah aku siap sewa satu banana boat utk famili aku kat situ. Nak merasa kena tarik dengan jet ski. Aku tak join la sebab aku tengok jet ski tu laju sangat and banana boat tu terhentak-hentak atas air. Takut pulak aku...maklumla tengah pregnant ni kena jaga. Makanya, telan air liur je la aku tengok ayah, mak, husband and adik2 aku naik banana boat tu. Takpe, next time boleh merasa naik.

Malam- kami satu famili keluar ke Pekan Kuah sekali lagi. Tempat tujuan - Haji Ismail Group (HIG). Shopping la apa lagi!. Kat Hj. Ismail Group ni terkenal dengan deretan coklat bermacam jenis, pinggan mangkuk dan peralatan rumah lain... memang rambang mata tengok. Seperti biasa, kalau dah rambang mata, maka kamera pun tersimpan dalam beg. No picture during shopping2 ya you all! Kat sini je aku dah habiskan RM100 lebih. Ni baru satu malam! Haih... tu cuma kat coklat je tau! Masing-masing keluar dari HIG memang ada kurang2 satu plastic beg kaler hijau kat tangan. Habis shopping, kami makan malam dan balik chalet. Tidoooo...

to be continued...

2 comments:

  1. seronok ya bercuti masa pregnant..buat kenangan yg mengingatkan kita pd anak dlm kandungan tu :)

    ReplyDelete
  2. iye kak...memang seronok..
    tapi dalam masa yang sama, kena berjaga-jaga jugak...
    kalau letih berjalan, kena duduk/rehat kejap...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...