Dedikasi istimewa untuk permata hati kami...

Wednesday, November 3, 2010

Lawatan Pertama - Shah Alam Specialist Hospital (SALAM)

1 November 2010 yang lepas aku dan suami berkunjung ke Shah Alam Specialist Hospital (SALAM) kat Seksyen 19, Shah Alam. Kebetulan minggu tersebut kami pulang ke rumah orang tua aku di Meru, Klang, so kami decide nak scan kandungan. Tambah pula kami baru balik dari bercuti di Langkawi. Nak jugak tahu perkembangan baby.

Kami bertolak dari rumah jam 9.00 pagi, tapi sampai ke sana sejam kemudian... huhu gila lama... sebenarnya kami tersesat. Aku sendiri dah tak ingat direction nak ke Seksyen 19 tu. Kalau nak diikutkan tak la jauh sangat tempat tu. Dalam 20 minit sepatutnya dah boleh sampai. Bila kami sampai patient O&G tak ramai sangat. Tapi tak ramai pun, turn aku nak dapatkan rawatan pukul 1.00 petang jugak. Gynae yang kami jumpa tu kebetulan kena lari sekejap ke wad bersalin sebab ada ibu yang nak bersalin time tu. The gynae was Dr. Siti Mariam SH Ahmad... very nice person. Nampak keibuan dan Islamik. Dah rezeki kami dapat jumpa Dr. Siti hari tu sebab sepanjang November katanya dia tak bertugas sebab nak tunaikan Haji.



Masa tengah scan baby, masyaAllah, baby tak henti-henti bergerak. Aktif sungguh. My hubby siap tergelak lagi bila dia pusing badan dia. Sambil Dr. Siti tunjuk anggota tubuh baby, dia terangkan dengan detail. Tu yang kami puas hati sangat. Berbeza kalau check up dekat klinik kerajaan. Dr. cakap heart beat ok, berat baby for the time being is 491 gram.The baby was so shy... tak nak tunjuk anu dia. Jenuh Dr. tekan-tekan kat perut aku. Masa tu Dr. dapat detect kedudukan baby agak rendah sikit, so dia tekan ari-ari aku ke atas macam yang mak bidan selalu urut tu. Mak aih.... sakit sangat. Tapi lepas tu bila Dr. scan balik, baby dah tunjuk anu dia. Mungkin sebab tak selesa, kakinya terkangkang sikit and zzzupp... nampak "bird"! hehehe... Dr. cakap confirm baby boy!...

Me and hubby were very happy... and of course my hubby la yang paling seronok, sebab dia memang suka baby boy. Aku pulak suka girl... Tapi kami berdua tak kisah pun... janji baby dapat keluar dengan selamat dan sihat.

Sebelum balik, aku tanya dengan Dr. Siti macamana prosedur kalau nak bersalin kat SALAM. Dia cakap sebulan sebelum bersalin, datang lagi kat SALAM dan terus buat booking atas nama Dr. Siti and tak payah letak duit deposit pun. Aku plan, kalau tak ada apa-apa masalah dari segi kesihatan dan kewangan, ingat nak bersalin kat SALAM la. Nampak servis dan environment pun macam bagus.

Kat bawah ni gambar ultrasound my baby... subhanallah... kiut kan? heheh..

(sorry, gambar dah tak leh rotate)



5 comments:

  1. salam :)
    comelnya tgk scan baby :)
    baby boy patutlah active
    sy ucapkan semoga semuanya selamat
    xsabar nak tgk entry bila u tulis yg u dah selamat melahirkan :)
    insyaallah

    ReplyDelete
  2. hi..saya baru je cek scan baby kat salam..harga dia mmg melampaui batas..around rm200 semata mata untuk consultation.. haih..and scan gune machine biasa je.bukan 3d or 4d. macam mana boleh mahal macam tu?

    ReplyDelete
  3. Standard scan kat swasta. By the way.dr siti mmg bestttt

    ReplyDelete
  4. Saya x sure kat SALAM skrg dorang punye scan dah upgrade ke blum... tapi memang last time sy pergi scan hitam putih biasa je.

    Base on experience, fee on consultatioN kalau cek up kat specialist memang mahal skit banding dengan caj equipment yang digunapakai semasa proses cek up, medicine, dll. Dah nama specialist kan... kita bayar utk knowledge dan experience dorang. kalau pegi mana2 private pun macam tu jugakla...

    ada doktor caj sampai ratusan ringgit utk khidmat dorang, ada yang tak sampai rm100 pun... depends...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...