Dedikasi istimewa untuk permata hati kami...

Wednesday, July 10, 2013

Misi Mencari Breakfast Table & Bar Stool

Alkisah, aku dah mengidam nak dapatkan breakfast table yang boleh plug in kat dinding dan sepasang bar stool sebagai pelengkap.
Hari-hari, kat set meja makan comel di ruang tamu aku tu la kami anak beranak mengadap rezeki, kalau dinner or lunch time mungkin agak praktikal, tapi kalau breakfast, macam tak best jer...especially waktu hari bekerja. Itu belum tambah lagi problem alas meja yang cepat nau kotor sebab hari-hari guna kan...

Aku perlukan meja kecik yang praktikal dan jimat ruang dan memudahkan aku nak serve direct dari dapur aku. Almaklum waktu pagi kan busy nak bersiap gi kerja lagi, nak prepare breakfast buat sang suami lagi... jadi kalau ada breakfast table letak kat dapur kan ke praktikal... masak2 terus serve kat dapur je... tak yah gi angkat pinggan bagai ke ruang tamu.

Makanya pencarian bermula...

Last weekend pergi IKEA, dapatlah merembat meja ni. Boleh lipat bila tak guna, tapi kena drill dinding la nak kasi lekat. Praktikal dan jimat ruang kan... Sesape berkenan boleh dapatkan di IKEA. Harga RM149 (agak mahal, tapi dah aku nak jugak...pejam mata je la... kayu solid birch ye uolls, bukan particle board, kalau kena air insyaAllah tak kembang)
Breakfast table dah dapat... misi mencari bar stool pulak... 

Aku sangat2 berkenan design moden cenggini... Tapi harganya mak aii...ratusan ringgit sebijik uolls... very over the budget...

IKEA punya murah sket kalau design yang ini... tapi waktu aku pergi hari tu...licin, kosong, yillek pochik...habis suda! Nak tunggu stok baru masuk ntah bila...

Daku kechiwa... jadi aku pergilah survey2 kat kedai perabot berdekatan rumah, tapi semua harga RM100 lebih sebijik... Akhirnya aku ambil yang paling simple dan murah tapi masih tak semurah IKEA stool kat atas ni...huhuhuhu (pejam mata saje la)


Tak sabar nak suruh encik hubby pasangkan... Nak2 dah masuk bulan puasa ni... Boleh dirasmikan masa bersahur nanti...

Monday, July 8, 2013

I'm So In Love with K.A.I.S.O.N !!!

Lately aku dah sangat addicted dengan Kaison. Sape tak tau apa tu Kaison, sila lah google hikhikhik...
Addicted semenjak berpindah ke rumah baru... Ada saja barang kelengkapan rumah yang nak dibeli.

Aku tertarik dengan Kaison lepas tengok ad depa kat Majalah Impiana. Barang-barang depa comel sesangat, harga pun murah. Kiranya sekarang ni Kaison dah jadi the most favourite spot aku selain IKEA la... kalau tak membeli pun, just pegi window shopping pun dah cukup bahagia bagi aku.

 Kaison Paradigm Mall - my favourite spot! Tengok kedai pun buat kita macam nak masuk kan!


 Gulungan wallpaper DIY. Aku dah beli bergulung kat sini... Boleh dapat semurah RM19.90 segulung untuk self adhesive back. Walaupun corak tak pelbagai macam wallpaper jenama terkenal, tapi bolehla... Sesuai untuk mereka yang berbajet kecik, tapi nak wall cantek macam aku.

P/S : Kalau beli yang self-adhesive, korang kena beli jugak gam khas untuk wallpaper sebab gam pelekat kat belakang kertas tu tak berapa tahan lama... Aku dah terkena haha... Pasang 5 hari, dah tertanggal... Nak buat macamana, barang murah redho jela...


 Yang ini pun buat aku tertarik... Kanvas panel frame untuk hiasan dinding... Sesape yang suka konsep moden, boleh beli di sini... memang murah sesangat... ikut saiz, range harga RM5.00 -RM90.00... sesuai jugak untuk dibuat hadiah kepada yang tersayang dan kawan-kawan.


 Pelbagai koleksi jam...owhhh rambang mata!!!


Chair pad pelbagai color pun ada...

Pendek kata semua yang comel2 ada di sini...

Saturday, March 30, 2013

Review Kedai Lampu

Kali ni saya nak tulis sikit review tentang salah satu kedai lampu hiasan yang glamor di kalangan blogger-blogger kita. Terletak di Puchong bersebelahan Highway - House of Lighting nama kedainya.


Bila baca cerita blogger lain yang pernah shopping di sini, rata-rata yang kata lampu-lampu yang terjual di kedai ni tersangatlah murahnya sampai orang dari Kedah, Penang, Perlis pun sanggup turun ke sini semata-mata nak dapatkan lampu idaman. Oleh kerana dek terpengaruh, saya pun ke sana. Konon-konon nak tengok sendiri dan mencari kipas dan lampu untuk rumah baru tu nanti.

Tapi beberapa minggu sebelum tu saya dah pun pergi ke sebuah lagi kedai lampu hiasan yang glamor di mudah.my. Silver Star Lighting yang terletak di The 19 USJ City Mall. Saya google jugak untuk cari info pasal kedai ni, tapi tak jumpa pun review dari blogger-blogger. Tak glamor kot di kalangan blogger.


Kalau tengok lokasinya, seriau jugak nak pergi uolls! Macam mahal jer... Tapi setelah pergi, sempat jugak la saya membeli 2 unit lampu hiasan chandelier dan 1 unit floor lamp chandelier jugak dengan harga yang agak ok juga bagi saya. Tak sangka jugak, tempat macam eksklusif, tapi harga not bad.

 RM 168 x include bulb ye...

Yang ni saya beli 2 unit dengan harga RM98 seunit x include bulb.

Berbalik kepada cerita House of Lighting tadi, setelah setengah jam berada dalam kedai yang macam sardin tu uolls (maklumla glamor, ramai org datang), saya cuma beli sebijik kipas alpha vannus yang kembang kuncup ni dengan harga RM261 include bulb. Memang murah, sebab kat tempat saya ada kedai jual RM300, ada kedai jual sampai RM500!. Lampu-lampu kat situ memang banyak yang cantik2, tapi harganya pada saya tak lah semurah yang digembar-gemburkan. Lebih murah di kedai lampu yang saya beli di USJ tadi. Tapi kelebihan House of  Lighting ni, harga kipas memang sangat2 murah berbanding di luar, ruang kedai besar, banyak pilihan.


Kesimpulannya, saya memang akan datang lagi ke House of Lighting untuk cari lagi kipas untuk ruang tamu, sebab yang atas ni nak letak dalam bilik tidur utama. Untuk bilik tidur lain, saya pakai je kipas lama yang dibawa dari rumah sewa dulu. Tapi kalau nak beli lampu, saya prefer Silver Star Lighting. Berbaloi-baloi!

P/S : Saya letak harga kat item yng saya beli bukan untuk menunjuk ye... manalah tau, harga tu boleh jadi panduan untuk viewer lain yang tengah plan nak membeli lampu/kipas atau tengah mencari-cari kedai mana yang murah.

Saturday, March 16, 2013

A Journey of Rumah Pertamaku : My Wishlist for A New House

Sekarang masih menunggu "green light" dari lawyer untuk masuk rumah baru. Tapi installment pertama dah pun start bayar bulan ni.

Dah tak sabar sebenarnya. Tak sabar! Tak sabar! Tak sabar! (bak kata Lisa Surihani dalam Istanbul Aku Datang hihi)

Sementara nak tunggu masuk rumah, kami dah start pikir apa nak dibeli untuk rumah baru tu nanti. Ada jugak peralatan yang dah dibeli dan kumpul sikit-sikit. Nak beli sekaligus pengsan,

1. Kain Langsir dan sarung sofa baru (dah beli tapi masih belum jahit lagi)
Konon2 nak buat warna tema pink mcm dalam gambar bawah ni. Nampak sweet dan berseri plak walaupun aku bukanlah penggemar pink. Tapi aku beli kain murah je, angan2 nak deko ala2 stail Eric Leong! [pengsaaann...]


2. Kipas siling dan lampu siling
Warna pilihan semestinya hitam. Nampak elegan dan moden konon2.


3. Bedroom set untuk master bedroom (bedroom set lama kami nak letak kat guest bedroom)

4. Lantai Vinyl
Aku memang dah lama ngidam nak pasang lantai laminate macam ni. Tapi aku takut kena makan dek anai-anai. Walaupun laminate flooring ni ada warranty tahan anai2, tapi aku tak yakin lantai macamni boleh tahan lama ke tak. Sampailah aku terbaca alternative lain untuk laminate flooring ~ Vinyl Flooring. Harganya aku pun tak survey lagi. Kalau agak-agak over bajet, kita hold dulu la tahun depan.


5. Hood dan hob dapur (in case owner asal ambil balik yang ada kat dapur dorang tu)


6. Plaster Ceiling
Hajat nak pasang plaster ceiling ni bukan lah tahun ni ye... Kopak mak! Mungkin kalau ada rezeki lebih nanti baru pasang la kot.

7. Hiasan dalaman rumah
Contoh : Painting (tengah survey2 Khat Kufi...cantek seh!), cermin besar (nak menampakkan rumah kecik aku tu nampak besar nanti heheh), karpet sedondon warna tema, barang2 kecik yang boleh dijadikan item home decor la... Dalam kepala aku dok terbayang IKEA!

8. Tanam rumput karpet kat luar rumah
Ni pun kena tunggu ada bajet lebih nanti.

Harap2 tercapailah hajat besar ni nanti. Amin...

Wednesday, January 16, 2013

Tips : Beli Rumah Baru vs Beli Rumah Terpakai



Entry kali ni nak share sedikit tips tentang pro & cons antara beli rumah baru dengan beli rumah terpakai.

Saje nak sharing sikit... nak kata pandai sangat tu takla... tapi ada la knowledge sikit sebab dah melalui pengalaman beli rumah. Mungkin entry kali ni boleh membantu viewers yang bercadang nak beli properties. 

Rumah Baru

Pros :
  • Rumah dah tentu-tentu baru maa... so tak worry sangat tentang defect rumah... ongkos untuk repair rumah mungkin minimum atau sifar.
  • Biasanya pemaju akan buat promosi bayaran free untuk kos lawyer dan duti stem. Jimat sikit duit korang.
  • Ciri-ciri kawasan perumahan seperti kepadatan penduduk, aspek gated & guarded, mungkin memberi kelebihan untuk pelaburan korang.
  •  
    Cons : 
  • Sesetengah kawasan baru mungkin kurang terjamin aspek keselamatannya walaupun ianya kediaman gated & guarded, tambah2 lagi kalau korang adalah pembeli terawal yang menduduki rumah tersebut.
  • Kurang pengetahuan tentang kejiranan yang berdekatan atau sekitarnya, maksudnya rumah korang dekat dengan kawasan hitam ke...tambah-tambah lagi kalau korang orang baru di kawasan tu.
  • Risiko pemaju lari, rumah terbengkalai... haa yang ini korang kena hati-hati dan selektif untuk memilih hartanah. Kaji profile pemaju terlebih dahulu sebelum membeli rumah/hartanah.


Rumah Terpakai

Pros:

  • Belanja renovasi mungkin di tahap minimum sekiranya rumah terpakai yang korang beli tu berusia 10 tahun ke bawah. Biasanya rumah terpakai dah siap ada plaster ceiling, kitchen kabinet, tile dan sebagainya. So, kat situ korang dah bleh jimat sikit. Tapi kalau korang beli rumah yang dah berusia 10 tahun ke atas, mungkin kena spend quite a lot jugak untuk wiring, piping, cat, dan sebagainya.
  • Di lokasi kawasan yang dah membangun, aspek keselamatan lebih terjamin kerana kepadatan penduduk yang tinggi. Korang boleh riki2 kat jiran2 kawasan tu, samada ok tak kawasan tu, selalu ada kes pecah rumah ke tak, ada rukun tetangga ke tak, etc...
  • Tak ada risiko pemaju lari sebab rumah dah siap maa...
  • Korang boleh dapat harga rumah yang lebih murah if deal terus dengan owner rumah, instead of hiring an agent.

Cons :

  • Kena ada cash yang banyak jugak dalam tangan untuk bayar upah agen, booking, deposit rumah, lawyer fee dan stamp duti. Sebab peruntukan yang ini kena bayar dulu sebelum duit KWSP korang di bank-in kan. So, tak boleh harap setel guna duit KWSP la. Lambat nanti... Namun, ada sesetengah lawyer boleh diajak 'kaw-tim'. Cuba bincang untuk bayar 50% dulu ke, then balance bayar bila duit KWSP korang dah masuk.
  • Risiko ditipu oleh agen hartanah yang tak bertauliah. Pastikan cek dulu samada agen dan lawyer yang dilantik dari syarikat berdaftar atau tak.
  • Kurang pengetahuan tentang sejarah/latar belakang owner terdahulu. Haa... yang ini penting! Kalau boleh cuba cari maklumat sikit tentang owner terdahulu, kot2 la owner sebelum ni pernah hutang Ah Long ke, tu sebab nak jual rumah and lari...haa tak pasal2 rumah korang nanti kena serbu dek AhLong...haih simpang Malaikat 44!
 
 Itu je lah tips-tips yang boleh disharekan... Harap dapat membantu! ^___^
 




Sunday, January 6, 2013

A Journey of Rumah Pertamaku : Kami nak beli rumah!

Setelah 5 tahun lebih aku dan suami dok menyewa rumah orang lain, akhirnya kami nekad nak beli rumah sendiri. Keinginan bertambah kuat bila dah berpindah balik ke Klang.
Mulanya kami plan nak buat rumah atas tanah kami. Kawasan dekat2 dengan Bukit Kapar sanun... Tapi kerana financial problem, terpaksa kami hold dulu hajat tu. Geran tanah tu geran kongsi, so susah nak apply loan perumahan, melainkan semua penama dalam geran tu setuju nak pecah bahagian. Nak buat personal loan pulak tak termampu, sebab bukan government server... Tempoh bayar balik untuk Government server  sehingga 20 tahun, tapi tempoh bayar balik untuk kakitangan swasta cuma sekitar 5 tahun je... Kalau pinjam RM150K, tempoh bayar balik 5 tahun, berapa riban nak kena bayar bulannya... haih makan pasir la kami jawabnye...

Untungnya orang keje gomen... Rasa nyesal pulak tak apply keje gomen...haha

Akhirnya kami decide beli rumah je instead of buat rumah..

Aku dah set kan kriteria rumah yang nak dibeli tu nanti.

1. Rumah mesti grounded... tak mo la aku rumah apartment ke kondo ke... lotih nak pindah nanti.

2. Kalau boleh nak 4 biliktidur, 2 atau 3 bilik air... (kalau rumah tu ada 3 bilik pun, mesti ada sekurang2nya satu bilik/ruang untuk buat stor) 

3. Porch kereta mesti boleh muat sekurang-kurangnya 2 bijik kereta... baru cara! hihi


4. Kalau rumah 2nd hand, mesti ada sekurang2nya minor renovation macam ada plaster ceiling ka, ada kitchen kabinet ka, dapur ada extension skit ka.... (hahaha banyak songeh aku!)

5. Kalau boleh, kalau boleh la ye.... aku nak jiran2 semua orang Melayu. Serik mak dik... 5 tahun duk menyewa rumah dalam komuniti campuran... asal tiba musim raya je omak aih....
tak larat tahan telinga dengar dentum dentam bunyi meriam, mercun bagai... sampai ke pukul 1-2 pagi... ekau larat??? eden tak larat... lagi la dah ada anak kecik.  Kalau orang Melayu kita ada toleransi sikit... pukul 11-12 ke dah benti dah..

6. Dining area asing dengan living hall... bukan dalam floor plan yg sama...

Aku rasa cukupla 6 ni je dulu haha.... rasanya orang lain yang nak beli rumah pun patut consider point2 kat atas.

Maka, perjalanan mencari rumah idaman pun bermula....

Survey punya survey, jalan-jalan keluar cari rumah... malang betul kami sebab kebanyakan projek rumah baru semua dah fully booked. Call agen sana, rumah dah terjual, call agen sini kena tunggu kot2 ada pembeli yang loan kena reject! Adoiyai...

Call agen nak beli rumah 2nd hand pulak, manjang rumah dah terjual.. Agen kata memang sekarang ramai orang cari kawasan Meru especially yang kerja kat Shah Alam dan KL coz sini harga rumah masih reasonable lagi.

Akhirnya, aku tertengok iklan rumah untuk dijual kat Mudah. Terus call encik somi. then encik somi terus call agen... Malam tu jugak kami buat appointment dengan owner rumah tu nak datang tengok.

Tadaaa...


Rumah semi-D setingkat... Dekat dengan rumah parents aku. Paling best, kawasan kampung dengan kejiranan 100% Melayu. Dekat dengan Klang Sentral, TESCO, Giant, Masjid, dan kedai2 makan yang best2 haha!

Rumah kami ni takle besar sangat, tapi memadai bagi kami 3 beranak nak berteduh.
Keluasan binaan kecik je... Aku boleh kata, keluasan sama macam Apartment, tapi kami dapat rumah yang grounded dengan tanah yang luas di tepi dan belakang rumah... So kalau nak extend esok2 boleh sesangat. Sesetengah rumah keluasan memang luas, tapi binaan mati... maksudnya tak boleh nak buat extension langsung atau cuma boleh buat minor renovation je...

I don't expect much... memadai porch depan bleh muat 2-3 bijik kereta, dapur dah ada built in kitchen kabinet, ada utility room, dah cukup bagi aku. Pelan-pelan kayuh, esok2 ada rezeki lebih bleh extend kat tepi tu dan extend dapur. Tapi keseluruhannya, kami dah meet point kriteria no. 1 - 5 yang kat atas tu tadi.

Nak dapat rumah ni pun ada cabaran gak. Ini pun kami terpaksa berebut nak beli dengan another buyer. Buyer yang sorang tu siap dah bagi booking lagi, tapi tak cukup 2% dari harga rumah,and potensi dia nak dapat loan agak nipis. Agen dan tuan rumah kata, sape cepat dia dapat.

Dah rezeki kami agaknya, loan kami lepas, SPA dan loan agreement pun dah sign. Sekarang tengah tunggu lawyer nak settle kan urusan dengan owner asal. InsyaAllah dalam bulan 3 agaknya baru kami dapat duduk rumah ni...

Sekarang, aku tengah sibuk cari kain langsir baru, dah sibuk buat plan macamana nak hias rumah tu nanti... hahaha excited ke tak excited?

Friday, January 4, 2013

BelogAkuBersawaaannggg!!!

Memang terbiar lama blog peribadi saya yang satu ni.

Last entry was on October 2011, maksudnya dah setahun 2 bulan terdiam malu membisu dah blog say ni...

Kalau saya ada kebun, dah bersemak samun tebal dah...

Mana menghilang??? Ada je...
Cuma setahun yang lepas sangat2 sibuk dengan kerja dan online business ~ Koleksi Bhoolan

Sekarang masih lagi dengan online business, plus.... saya dah jadi full time housewife semenjak berpindah semula ke hometown saya - Meru, Klang.

Sementelah dah ada masa banyak ni, bukak balik entry lepas-lepas (sib baik masih ingat password haha)... rindu pulak nak menaip balik... share story dengan uols...(itupun kalau sudi membaca)

Nah pic terbaru dari kami sekeluarga... my son dah nak masuk 2 tahun bulan depan... cepatnyer masa berlalu...




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...