Dedikasi istimewa untuk permata hati kami...

Saturday, January 22, 2011

Cerita Waktu Aku Kecil...

Saya tergerak untuk menulis tentang kenangan silam saya semasa kecil apabila dalam perjalanan ke tempat kerja pagi tadi saya terlihat sekumpulan pekerja warga asing berjalan berderet ke kilang tempat kerja mereka sambil menjinjit bekal makanan yang diisi dalam bekas tupperware dan polisterin. Hati saya tiba-tiba rasa sayu dan kesian kepada mereka kerana saya fikir mereka mungkin terpaksa berjimat cermat di negara orang, tambahan pula duduk berhampiran dengan Bandaraya Johor Bahru yang sememangnya kos sara hidup tinggi. Serta merta saya teringat kepada ayah saya. Ayah pernah bercerita kepada saya satu waktu dahulu sewaktu beliau belum ada sebarang kenderaan walau sebuah basikal sekali pun, keadaan beliau sama dengan pekerja asing yang saya lihat tadi. Ayah pernah berjalan kaki dari bilik sewa di Pejabat UMNO Seksyen 2 Shah Alam ke kilang Toyota di Seksyen 15 Shah Alam dengan membawa bekal makanan yang disediakan mak saya. Saya terharu dan sedih dalam hati bila mendengar cerita ayah, namun saya cuba sembunyikan perasaan itu.

Saya sendiri tak pasti adakah di waktu itu saya sudah lahir ke dunia ini atau belum. Tapi, tak kira lah samada saya sudah wujud atau tak, saya rasakan betapa besarnya pengorbanan ayah saya mencari rezeki untuk keluarga pada waktu itu.

Beberapa tahun selepas saya lahir, mak dan ayah saya telah berjaya memiliki rumah sendiri dan kami berpindah ke Seksyen 16 Shah Alam. Rumah flat 1 bilik yang dibeli daripada Perbadanan kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dengan harga belasan ribu pada waktu itu walaupun tak sebesar mana, tapi cukup luas untuk kami sekeluarga. Disitulah saya dan adik-adik saya dibesarkan dan disekolahkan. Tahun demi tahun berlalu, ayah sudah mampu memiliki sebuah motorsikal Honda cup dan sebuah kereta Ford Escort lama keluaran tahun 70-an.

Saya masih ingat sewaktu mula bersekolah rendah dulu, saya cuma diberi wang saku 30 sen sahaja untuk belanja hari-hari. Waktu itu nilai 30 sen dah cukup besar pada saya. Namun, nilai wang saku tersebut semakin bertambah mengikut tahun dan semasa saya Darjah 6, wang saku saya setiap hari adalah 60 sen. Saya pernah meminta wang saku lebih daripada mak saya kerana terpengaruh dengan rakan-rakan sekolah yang sering mendapat wang lebih daripada ibu bapa mereka. Namun, mak saya berkata kepada saya, "orang yang belanja banyak, makan banyak, tak pandai". Saya diam dan akur sahaja dan mula berfikir pada waktu itu ada betulnya jugak apa yang mak saya cakap. Saya bandingkan diri saya dengan kawan-kawan lain yang berbelanja lebih pada waktu itu. Bukan nak membangga diri, namun saya rasa saya lebih pandai dari mereka. Setiap kali periksa saya selalu dapat nombor tak lebih dari angka 8. Tapi bila saya semakin besar dan boleh berfikir, barulah saya faham dengan kata-kata mak saya dulu. Mak saya bukanlah berniat nak kata anak orang lain yang belanja banyak tak pandai, cuma mak saya nak menyedapkan hati saya je waktu tu. Bila diingat kembali rasa kelakar pulak.  Namun, adik-adik saya lebih beruntung kerana waktu mereka bersekolah, ekonomi keluarga semakin maju, nilai wang semasa pun makin besar. Maka, besarlah wang saku yang mereka dapat tiap-tiap hari. Belanja adik-adik saya waktu itu mencecah RM1 - RM2 sehari (termasuk wang saku untuk sekolah agama belah petang).

Ayah saya pula sentiasa ingatkan saya supaya jangan berlagak macam anak orang kaya sebab kita miskin. Saya masih ingat ketika saya pernah dimarahi ayah sewaktu Darjah 1. Tiap petang lepas habis sekolah, ayah akan tunggu untuk jemput saya dengan Honda cup di sekolah. Satu hari, sewaktu saya berjalan keluar ke pintu pagar sekolah, saya berjalan dengan memasukkan sebelah tangan dalam kocek pinafore saya sambil sebelah tangan lagi memegang botol air berbentuk gagang telefon. (Botol air fesyen ni popular dulu). Bila sampai di motorsikal, ayah marah saya kenapa berjalan macam anak orang kaya. Saya pada waktu tu tak faham apa yang dikatakan ayah diam sahaja. Bila diingat balik, mungkin pada pandangan mata ayah gaya saya tak ubah macam anak orang berduit agaknya. Satu lagi kenangan bersama ayah yang saya tak dapat lupa adalah semasa saya Darjah 4. Waktu itu, saya mendapat nombor 2 dalam peperiksaan akhir tahun dan itulah pencapaian terbaik saya waktu itu. Bila balik ke rumah, saya bagitau ayah saya. Ayah saya cakap kat saya : "bagus", sambil tersenyum. Tak lama selepas itu, sewaktu saya sedang menonton tv saya perasan ayah saya asyik merenung saya. Lama. Saya menoleh memandang ayah dan saya perasan mata ayah semacam berair dan merah memandang saya. Saya diam dan terus menonton tv. Tapi saya dapat rasakan yang ayah terharu waktu itu kerana saya dapat kedudukan yang baik dalam peperiksaan saya. Seperti anak-anak orang lain yang berjaya dalam peperiksaan, saya juga tak terkecuali dari dijanjikan hadiah oleh mak dan ayah saya. Tapi hadiah daripada mereka tak lah semahal mana. Hadiah yang dibeli semuanya mengikut kemampuan.

Saya tinggal di Seksyen 16 Shah Alam tak lama. Selepas tamat Darjah 6, saya berpindah ke Meru, Klang kerana ayah dan mak telah membeli sekeping tanah lot di sana dan membuat sebuah rumah yang jauh lebih besar daripada flat 1 bilik yang kami duduk waktu itu. Berkat berjimat cermat, mak dan ayah saya dah dapat memenuhi impian mereka untuk duduk di rumah yang lebih besar. Dalam hal ni, mak saya patut diberikan kredit kerana usaha beliau berjimat mengumpul duit termasuk mengawal wang saku sekolah saya dan bekerja semula di kilang berdekatan rumah selama beberapa bulan setelah berbelas tahun hidup sebagai suri rumah sepenuh masa. Saya masih ingat sewaktu mak dan ayah dalam proses untuk membeli tanah tersebut, semua buku bank dikeluarkan termasuk buku bank saya dan adik-adik demi mencukupkan duit untuk membeli tanah tersebut. Mak saya berjanji akan mengganti balik wang-wang kami bila dah ada wang semula. Kami adik-beradik pada waktu tu tak berapa faham lagi. Maklumlah budak-budak...

Alhamdulillah setelah berpindah ke tempat baru, rezeki kami sekeluarga lebih murah. Mak saya masih tetap sebagai Pengurus kewangan keluarga sampai sekarang. Pernah jugak hidup kami diduga sewaktu kemerosotan ekonomi negara pada tahun 1997 dulu. Dalam keadaan kegawatan ekonomi, ayah lah individu yang paling terkesan. Corak perbelanjaan terpaksa diubah, dan ayah sanggup buat kerja part time sebelah malam di stesen minyak sebagai pump attendant untuk menambah wang. Namun kami bersyukur sangat pada Tuhan kerana dalam keadaan gawat pun, kami masih cukup makan dan pakai. Saya fikir mungkin disebabkan sikap mak yang berjimat cermat dan sikap ayah yang sentiasa tidak lupa dengan suruhan Tuhan (baik wajib mahupun yang sunat) membuatkan Tuhan sentiasa bukakkan pintu rezeki kami.

Sekarang, setelah saya dan adik-adik bekerja, mereka dah boleh hidup lebih senang. Tak perlu tunggu hingga hujung bulan (dapat gaji) untuk pergi berbelanja di luar. Tengah-tengah bulan pun masih boleh bershopping. Kadang-kadang saya dan suami cemburu jugak dengan mereka. Yelah, sepatutnya dengan kelulusan pendidikan kami, faktor umur, kedudukan kewangan dan pekerjaan suami saya, kami sepatutnya sudah tak payah menyewa rumah orang lagi, sebaliknya memiliki rumah sendiri. Namun, kami sedar, keadaan sekarang jauh berubah berbanding zaman dulu. Sekarang dengan harga barang dan hartanah yang mencanak-canak naik, nilai wang yang sudah tak bernilai lagi, ditambah pula dengan kos sara hidup yang tinggi di JB dan segala hutang piutang yang ada, membuatkan kami belum bersedia dan berani untuk membuat satu lagi pinjaman bank.

Penyelesaiannya, terpaksalah kami bersabar dulu dan mula berdikit-dikit menyimpan untuk memenuhi hasrat kami memiliki rumah sendiri. Kami jadikan ibu bapa kami sebagai inspirasi. Saya sentiasa berdoa tiap kali lepas selesai solat supaya Tuhan sentiasa permudahkan jalan dan murahkan rezeki kami. Semoga impian kami akan jadi kenyataan satu hari nanti. Amin...

Friday, January 14, 2011

Moh Kira Pergerakan Baby!

Klik untuk paparan lebih besar

Kalau korang (yang pregnant) selalu buat routine check up di klinik kerajaan mesti pernah nampak jadual dalam gambar di atas ni kan. Ni salah satu mukasurat dalam buku merah yang Kementerian Kesihatan keluarkan khas untuk pemeriksaan ibu-ibu mengandung.

Biasanya bila kandungan kita dah masuk 7 bulan, nurse akan ajar macamana nak kira pergerakan baby setiap hari. Caranya senang aje... Mulai jam 9.00 pagi setiap hari ibu kena alert dengan pergerakan baby dalam perut dan bila baby bergerak je ibu kena tanda di kotak-kotak kecil dalam jadual tu. Ibu kena pastikan baby bergerak maksimum 10 kali gerakan sehingga jam 9.00 malam (tempoh 12 jam/sehari). Bila dah cukup 10 kali pergerakan, ibu kena catatkan waktu terakhir kiraan 10 kali tu. 

Baby yang sihat biasanya akan bergerak lebih dari 10 kali dalam sehari. Misal kata dalam tempoh 12 jam tu baby kurang bergerak, atau pergerakan kurang dari 10 kali, ibu kena cepat-cepat ke hospital sebab mungkin keadaan baby dalam bahaya.

So, aktiviti tanda-menanda ni dah jadi favourite activity aku dah semenjak dua menjak ni. Tapi ada jugak hari-hari tertentu yang aku skip mengira disebabkan busy... Tapi walaupun aku tak tanda pergerakan pada hari tersebut, aku tetap alert dengan pergerakan baby sepanjang hari tersebut. Kalau korang tengok, waktu terakhir yang aku catatkan untuk kiraan cukup 10 kali biasanya sampai ke waktu petang aje... Itu tak bermakna selepas dari jam terakhir tu baby tak bergerak langsung. Dia tetap bergerak-gerak sampai dah tak terkira. Alhamdulillah baby aku sangat aktif... Mungkin sebab baby boy agaknya...

Jadi, ibu-ibu sekalian, pastikan korang jangan lupa menanda pergerakan baby macam yang aku buat tau. Especially bila kandungan dah masuk 7 bulan. jadual ni mungkin berguna untuk rujukan doktor dan nurse kalau ada apa-apa terjadi nanti.

Monday, January 10, 2011

8 Weeks To Go....

Agak lama jugak aku tak update dengan entry terbaru. Sekarang kandungan dah 8 bulan. InsyaAllah tak lama lagi aku akan jadi mommy. Perasaan bercampur baur sekarang ni. Takut, tak sabar, seronok, berdebar...

Bulan depan aku akan mula bercuti tanpa gaji untuk sebulan. Cuti dah approve. Yeay! Tahun Baru Cina ni my hubby akan hantar aku balik Meru, Klang... Sedihnyer... cian kat my hubby kena duduk sorang2 kat Johor... mesti dia sunyi kat rumah nanti takde kawan nak borak dan buat lawak bodo hehehe... Kat Klang nanti, sementara tunggu hari nak meletup, aku nak continue check up kat klinik kerajaan dan jugak continue dengan appointment with my gynae dekat SALAM. Aku dan hubby dah pun decide hospital mana nak bersalin nanti. Our choice is SALAM (Shah Alam Specialist Hospital) Seksyen 19, Shah Alam. Hope semuanya selamat la nanti, Amin...

Barang-barang keperluan baby yang patut ada semua dah ada... Alhamdulillah... tapi barang keperluan untuk diri sendiri tak complete2 lagi. Mana taknya setiap kali shopping mesti ingat nak beli barang baby je, sampai terlupa barang untuk diri sendiri... Takpela... still ada masa lagi utk membeli kan...

Sekarang ni aku tengah busy menyiapkan kerja-kerja aku di opis. Mana yang tak complete harus dicompletekan sebelum bercuti panjang ni... Haih dah tak sabar rasanya nak bercuti...


Having A Baby

Click Here For Images &
Having A Baby Pictures - Pictures
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...