Semalam, jiran sebelah rumah mak aku yang baik hati telah memberikan Akar Fatimah yang orang dok selalu sebut bagus untuk dibuat selusuh untuk ibu-ibu yang tengah menunggu hari. Terima kasihlah acik Mah sebab sudi bagi akar tu sebab bukan mudah nak dapat benda ni. Hanya terdapat di Mekah saje. Kalau nak, kena minta tolong mana-mana jemaah yang nak pergi Mekah tolong belikan.
Macamana rupanya? Meh aku paste kan kat bawah ni...
Menurut kata acik Mah, akar Fatimah ni hendaklah direndam dalam air sehingga kembang dan diminum air rendamannya tu sewaktu dah mula rasa sakit nak bersalin. Mujarab untuk mempercepatkan bukaan pintu serviks dan seterusnya memudahkan kita untuk bersalin tanpa perlu menahan rasa sakit terlalu lama. Walaumacamanapun, kita tak bolehlah terlalu taksub sangat dengan khasiat akar ni takut jatuh khurafat/syirik pulak kan. Anggap je ianya sebagai satu ikhtiar untuk memudahkan bersalin. Rasa sakit dan lama masa sakit nak bersalin tu semuanya Allah jua yang tentukan.
Akar ni boleh digunakan balik untuk bersalin anak-anak yang seterusnya sebab no expiry date. Lepas dah guna, boleh jemur akar ni supaya kering balik dan simpan dalam bekas yang kering dan bertutup. Tahan bertahun-tahun.
Me, personally belum try minum lagi sebab rasa belum lagi nak bersalin. My mom dah sibuk suruh minum dari sekarang tapi aku tak berani la. Aku try google kat internet pasal pengalaman orang yang pernah minum air akar Fatimah ni, rata-rata cakap kena tunggu waktu dah rasa sakit baru leh minum. Kalau tak, nanti lagi susah nak bersalin.
So kawan-kawan yang ada pengalaman minum air akar Fatimah ni, sudi-sudikanlah share pengalaman korang dalam comment box saya ye. Nak jugak tau.
Oh ye, semalam my FIL (father-in-law) pesan suruh baca jugak Ayat 21-24 daripada Surat Al-Hasyr seberapa kerap yang boleh dan sapu kat perut. Ayat ni jugak bertindak sebagai selusuh atau memudahkan untuk bersalin nanti. Selain itu, kena rajin jugak ucapkan Doa Nabi Yunus semasa terperangkap dalam perut ikan Nun. Ayat untuk melepaskan diri daripada kesusahan : "LA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINAZZHOLIMIIN"
Semoga entry kali ni dapat memberikan sedikit info untuk bakal-bakal ibu di luar sana. Sharing is caring kan.... :)