Dedikasi istimewa untuk permata hati kami...

Tuesday, December 21, 2010

My Weekend Cooking

klik gambar untuk paparan lebih me'ngences'kan hehehe...

Hujung minggu biasanya dipenuhi dengan aktiviti santai dan memasak bagi aku, especially bila takde rancangan nak kemana-mana. Biasanya waktu ni lah nak polish skill memasak aku (sedar diri tak berapa pandai memasak). So, hari Ahad lepas juadah yang aku sediakan >> bihun sup ala utara.

Kenapa aku panggil 'ala' utara? Sebab masakan ni aku tak guna sup daging, sebaliknya aku gantikan dengan ayam. Tapi, aku masih mengekalkan warna kuning kunyit pada bihun tu yang merupakan trademark bihun sup utara. Juadah minggu ni simple je tapi memang menjadi kegemaran aku dan suami. Rasanya? No comment... kena datang rumah rasa sendiri hehe...



Monday, December 20, 2010

Special Treat Untuk Orang Mengidam!

Chocolate Moist Cake with Strawberries


Alkisahnya... last week my ex-coursemate publish dalam facebook gambar dia and her hubby celebrate her birthday kat Baskin Robbin's outlet sambil makan a very delicious and yummy look ice-cream cake... Udahler mak buyong yang sorang ni terliur dok tengok ice cream cake yang sahabatnya dok makan tu..

Lalu, dan-dan tu jugak mak buyong yang sorang ni telefon ler mr. husband yang tengah dok kerja mintak belikan ice cream cake hari tu jugak. Siap pesan lagi tak payah beli yang besar-besar. Saiz kecik pun jadik. Kalau besar mahal! Mr. husband yang tak pernah tengok ice cream cake macamana rupanya bertanyalah kepada mak buyong, kat mana nak dapatkan ice cream cake tu. Mak buyong yang sorang ni bagitaula kat secret recipe ada, baskin robbin ada, season pun ada... Mr. husband pun cakap... > ok...

Mak buyong pun tersenyum happy sambil membayangkan kesedapan ice cream cake yang bakal dimakan petang nanti. Bila tiba waktu petang, mak buyong balik kerja, mr. husband dah terlebih dulu sampai di rumah. Atas meja makan dah tersedia sekotak kek yang nampaknya sedap!. Tapi bila dipotong dan dimakan, alangkah hampa sebab kek tu bukan ice cream kek! It just an ordinary moist choc cake.... My husband cakap dia gi cari kat Plaza Angsana, JB and he told me that the shop memang tak jual ice cream cake and that lady (salesgirl) pun tak tau macamana rupa ice cream cake.... ayoooo! Mak Buyong pun assume mr. husband dah malas nak cari kedai lain and that's why dia beli jugak cake tu even bukan ice cream cake...

Huhu... walaupun tak dapat makan ice cream cake, mak buyong pun bedal jugak la cake tu memandangkan mr. husband dah bersusah payah balik awal and singgah kat Plaza Angsana tu membelikan kek utk isterinya yang mengidam... Mr. husband, thanks for the treat... tapi kek tu mak aih... manis tak hingatt!


Thursday, December 9, 2010

Kehamilan : Minggu 28

Hari ni genap usia kandunganku 7 bulan. Yeay!!!
Rasa cepat aje masa berjalan. Sedar tak sedar dah masuk trimester ketiga kehamilan. Bermaksud aku baru je melepaskan fasa bulan madu dalam kehamilan. Trimester ketiga ni selalunya dikenali dengan fasa yang penuh debaran, kesakitan dan kesengsaraan. Fasa ni lah juga yang paling menduga kesabaran setiap bakal ibu.


Baby dalam perutku semakin aktif bergerak. Kadang-kadang tengah malam pun dia masih main tendang-tendang lagi dalam perut aku. Paling sweet bila waktu subuh dalam pukul 5-6 pagi si kenit ni menendang-nendang perut umminya. Macam suruh bangun solat Subuh je...

Dah masuk minggu ke-28 ni, aku dah mula rasa susah nak tidur malam. Kadang-kadang susah nak bernafas jugak. Aku jugak rasa kesakitan kat bahagian bawah perut. Rasa macam senggugut gitu. Tak tau la samada kedudukan baby rendah sangat ke atau ape. Ada kakak cleaner kat office aku ni suruh pergi berurut, tapi aku tak berani. Nanti la aku buat appointment lagi sekali dengan Dr. Siti Mariam from SALAM Specialist. Kalau doktor yang consult, aku confident sikit. Maklumlah, doktor lebih tahu keadaan kita dan baby macamana.

Sekarang aku dah makin giat memasang CD bacaan 3 surah pilihan - Surah Yusuf, Maryam dan Luqman untuk diperdengarkan kepada baby. Kalau ada kelapangan, aku mengaji jugak. Kadang-kadang baby bergerak dalam perut bila aku pasang CD tu. Seronok pulak bila dia respon. Aku ada baca dalam internet, baby di usia trimester ketiga kehamilan dah peka terhadap bunyian dan dah boleh kenalpasti suara ibu bapanya. So, ibu dan bapa kena rajin berbual dengan anak dalam kandungan dan biasakan baby dengan ayat-ayat Al-Quran, muzik instrumental klasik dan sebagainya untuk meransang minda anak.


aktiviti wajib tiap pagi



Minggu depan adalah next appointment aku untuk check up dengan klinik kerajaan. Rasanya cuma kena minum air gula sekali lagi je. No further check up. Mak dan ayah aku pulak dah offer rumah mereka untuk buat kenduri doa selamat sikit untuk aku. Nampaknya bulan depan kena balik Klang lagi. Aku plan nak ke SALAM Specialist Seksyen 19 Shah Alam sekali lagi untuk scan dan buat further check up dengan Dr. Siti Mariam bila balik Klang nanti. Harap-harap semuanya OK. InsyaAllah.



Wednesday, December 8, 2010

Trip to Langkawi - Part 3

Sambungan dari Part 2

Alkisahnya... tak banyak yang aku boleh ceritakan dalam part 3 kali ni sebab hari tersebut merupakan hari terakhir kami di Langkawi. Kami check-out dari resort seawal jam 9.00 pagi dan sempat breakfast dulu sebelum sampai ke Langkawi Airport.

Alhamdulillah, proses check in di airport tak ada masalah. Staf Air Asia tak check pun isi bagasi kami. Risau jugak kalau kena additional tax untuk kain batik ke ape ke. Tapi nasib baik tak ada. Kami dikenakan charge untuk lebihan bagasi kami sebanyak RM60 untuk 32kg beg! Naik Air Asia ni memang tak boleh nak shopping banyak la... nasib baik kami tak borong pinggan mangkuk dan utensils yang berat-berat. Kalau tak, mau kena bayar lebih dari tu.


pose kat Langkawi Airport

Gambar solo aku kat atas ni ada sedikit 'kekurangan'. Bila aku tengok balik pict ni dalam kamera keesokan harinya, baru aku perasan gelang emas pemberian mak aku kat pergelangan tangan kanan dah tak ada! Maknanya, mungkin gelang emas tu dah tercicir masa kat resort atau pun dekat Langkawi Airport. Aku ada call pihak resort lepas tu, tapi diorang tak ada jumpa gelang tu.. (tak taula samada housekeeper dorang ada jumpa tapi tak ngaku ke ape..wallahua'lam)... Aku redha je lah. Dah tak ada rezeki, nak buat camana... Cuma terkilan sebab gelang tu mak aku hadiahkan sempena dapat result best dalam SPM tahun 2000. Bayangkan, dah 10 tahun usia gelang tu! Sape tak sayang weh...

Alkisahnya... inilah cerita trip kami sekeluarga. InsyaAllah, aku akan datang lagi ke Langkawi (mungkin bawak baby pulak) coz banyak lagi tempat menarik tak dapat nak cover dengan tempoh 3 hari 2 malam... Rasanya, selain pantai yang cantik, keistimewaan Langkawi ni ialah dari segi syurga membeli-belah ajela... Sesiapa yang memang kaki shopping, ini adalah tempat wajib untuk korang lawati.

Tuesday, November 30, 2010

Trip to Langkawi - Part 2

Sambungan dari Part 1

Seperti yang dijanjikan, aku sambung balik kisah percutian aku dan keluarga...
Hari kedua, kami habiskan masa explore lagi Pulau Langkawi ni. Destinasi pertama kami pagi tu - Langkawi Cable Car. Langkawi Cable Car ni terletak di Oriental Village. Sewaktu kami sampai jam 9.00 pagi, hujan renyai-renyai. Cable car pun masih belum beroperasi lagi. Jadi kami buat keputusan untuk pusing-pusing seluruh kawasan Oriental Village tu dan cari kedai makan. Cantik jugak tempat ni, ada deretan kedai-kedai cenderahati, mini zoo, dan tempat yang cantik juga untuk bergambar. Tapi sayangnya, banyak kedai-kedai masih belum beroperasi termasuk kedai makan. Cuma ada satu je gerai yang buka, itu pun cuma ada roti canai je. Oleh kerana dah tak ada pilihan, kami makan juga di situ. Roti tak berapa sedap, harga cekik darah nak mampus. Sekeping roti canai kosong - RM1.20!. Silap kami jugak, tak sarapan awal-awal kat Pantai Cenang. Kalau kat sana, banyak pilihan.


gambar-gambar sekitar Oriental Village


Selesai sarapan, kami tengok kereta kabel dah mula bergerak kat atas. Kami cepat-cepat ke kaunter tiket. Mujur masih tak berapa ramai pengunjung kat situ. Kalau ramai, alamatnya kena beratur panjang. Harga tiket untuk dewasa RM15/seorang.


Pengalaman berada dalam kereta kabel - huh sangat mendebarkan dan mencemaskan (especially bila naik sewaktu baru lepas hujan dan cuaca berangin). Mula-mula naik tak gayat sangat. Tapi, bila lepas aje tiang besar yang kedua, dia naik makin tinggi dan waktu tu rasa macam nak turun balik je. Buktinya... tengok picture my mom and brother kat bawah ni. Muka suspen huhu....



Makin ke atas, tekanan udara makin rendah. Waktu ni telinga pun berdengung. Angin pulak jangan cakap la... menderu-deru masuk ikut tingkap cable car tu, siap bergoyang-goyang lagi. Masing-masing duduk keras je dalam tu sebab takut cable car tak seimbang. Dalam kami berenam, my husband lah orang yang paling penakot sekali. Dia tak tengok keluar langsung. Asyik pandang bawah je. Jenuh jugak aku umpan dia suruh menikmati pemandangan kat luar especially bila kami lalu di atas Air Terjun Telaga Tujuh... Tapi haram... tak teruja langsung dia nak tengok... Adala jeling-jeling sikit, lepas tu pandang bawah balik. Gayat sangat la tu. Tapi bila bergambar, dia cover muka gayat dengan tersengih. Sila lihat pict bawah ni.... hehehe...

perasan tak gelang tangan emas di tangan kananku tu? ada sesuatu yang berlaku pada gelang kesayangan tu... nak tau? akan di'story'kan pada part 3 nanti...

Sampai je di kemuncak, kami terus ke pelantar untuk menikmati keindahan bumi Langkawi. Subhanallah! cantik sungguh ciptaan Allah. Alhamdulillah cuaca tak berkabus sangat, walaupun baru lepas hujan. Kami habiskan masa dalam setengah jam jugak kat atas tu sebelum turun semula.



Destinasi seterusnya, kami nak ke Pantai Pasir Hitam sebab my mom nak shopping barang makanan hasil laut kat sana. Orang cakap harga lebih murah di sana sebab kawasan ni kawasan nelayan. Tapi sebelum ke sana, kami singgah dulu di Perdana Quay yang terletak berhampiran dengan Oriental Village. Tempat ni sebenarnya tempah persinggahan kapal-kapal layar dan bot persendirian mewah. Kalau di Johor Bahru, tempatnya lebih kurang macam Puteri Harbour di Nusajaya. Khabarnya, kat sini jugak ada kedai roti milik Tun Dr. Mahathir - The Loaf. Tapi kami tak pergi pun. Kat sini kami cuma bergambar aje lah.


Perdana Quay

Selesai bergambar, kami terus ke Pantai Pasir Hitam. Bila sampai kat sini, aku ingatkan tempat ni penuh dengan orang dan meriah dengan gerai-gerai jualan. Rupanya sangkaan aku meleset. Tempat ni nampak macam tenang. Tak ada pengunjung pun yang berkelah atau mandi manda kat sini. Mungkin sebab pantainya yang agak kotor. Yelah, kawasan nelayan kan.. Kedai-kedai yang menjual hasil laut cuma ada 3 je. Selebihnya kedai-kedai menjual pakaian, kain batik dan cenderahati. Aku dan my mom sempatlah memborong sikit ikan bilis, keropok-keropok ikan, sotong kering dan makanan ringan untuk dibawa balik esok. Harga boleh tahan murah.

Pantai Pasir Hitam

Selesai shopping, kami mengisi perut makan tengahari dekat gerai makan di situ dan meneruskan perjalanan untuk pulang semula ke resort untuk berehat dan solat Zuhur. Aktiviti kami kemudiannya mandi manda di Pantai Cenang dan sebelah malamnya kami sambung aktiviti shopping di Pekan Kuah. Kali ni my brother nak tambah lagi koleksi coklat untuk dibawa balik esok. Aku pulak sempat membeli set sudu makan untuk kenang-kenangan.

To be continued...

Friday, November 19, 2010

Trip to Langkawi - Part 1

Entry aku kali ni mungkin boleh dijadikan sedikit panduan untuk pembaca yang ada plan nak ke Langkawi. Baru hari ni aku berkesempatan nak update pasal trip aku, husband and my family ke Langkawi. Kami ke sana pada 29 Oktober sampai 31 Oktober 2010 yang lepas dengan flight Air Asia yang aku dan husband dah book sejak dari bulan 5 lagi.

Kami bertolak dari Meru, Klang (rumah parent aku) jam 4.15 pagi sebab flight kami jam 7.30 pagi. So, kena bertolak awal untuk check in dan solat Subuh kat LCCT, Sepang. Actually ini my first experience aku, mak and adik-adik naik flight. Husband and ayah aku dah biasa. Nervous ada, takut pun ada... maklumlah, aku nak naik ni berdua (dengan baby dalam perut). Macam-macam kemungkinan aku fikirkan. Yelah... masa book tiket dulu belum pregnant lagi. Aku pulak masa tu siap google semua pasal Langkawi daripada tempat nak stay, kereta sewa, attraction places kat sana dan dah siap plan aktiviti-aktiviti nak buat kat sana lagi. Bila urusan booking dah settle baru aku dapat tahu dah 'lekat'. Nak tak nak kena pergi jugak la kan... Mujurlah aku dah masuk 2nd trimester masa ni... So, rasa secure la sikit. Masa last check up aku, Doktor pun cakap supaya jangan risau sangat but still kena berjaga-jaga jugak kan. Dia nasihatkan jangan terlampau banyak sangat berjalan sebab takut mummy penat and baby stress. So, plan aku nak naik bot dan trekking ke Tasik Dayang Bunting, Pulau Beras Basah dan Pulau Singa Besar nanti terpaksa la di'cancel'kan...


Me and my husband kat boarding area. Masa ni tengah nak tunggu flight ready. Kat luar tu boleh nampak flight Air Asia. Cuaca gelap lagi sebab hujan lebat pagi tu.

Pukul 7.25 pagi flight dah start pusing ke runway untuk berlepas. Aku, husband and 2 orang lagi adik aku dapat seat yang paling belakang sekali. Tapi ayah aku tersesat sorang kat lokasi seat tengah-tengah. Masa flight naik tu mak aih aku rasa macam punggung tertinggal kat bawah jer. Mungkin sebab kami duduk barisan paling belakang, so impact dia lebih terasa. Masing-masing excited... yelah first time naik flight! Kelakar pun ada... Tapi overall ok la. Masa nak landing di Langkawi Airport pun rasa smooth je pilot ni bawak flight dia. Tak rasa terhentak pun. Experienced pilot la katakan.

Cuaca di Langkawi pagi tu baik. Tak panas dan tak mendung sangat tapi a bit windy...

wajib pose depan flight la kan...

First thing yang kami buat bila sampai di Langkawi Airport - cari kereta sewa. Masuk-masuk je Langkawi Airport tu banyak kaunter travel agent kat situ. Biasanya diorang ni provide servis kereta sewa jugak. So, sesiapa yang memang tak buat booking dari awal lagi jangan risau sebab diorang ni seawal pukul 8.30 memang dah bukak kaunter. Macam aku, aku memang dah siap-siap book kereta sewa, dan chalet sebelum ke Langkawi lagi. Sebab senang, tak payah tercari-cari lagi bila tiba di Langkawi. Masa pun boleh dijimatkan. Tapi apa pun terpulanglah pada perancangan masing-masing kan. Nasihat aku, kalau sape-sape nak pergi Langkawi waktu cuti sekolah, better book awal-awal sebab takut penuh atau tak dapat apa yang kita cari dan nak. And one more thing, rate kat sana waktu peak season and non peak season berbeza. Kalau peak season (cuti sekolah/cuti umum/perayaan) semua servis naik harga.

Aku buat booking kereta sewa dengan Gerteknik Sdn. Bhd. Booking untuk Toyota Innova sebijik. Tapi bila sampai kaunter, agen tu boleh cakap Innova dah penuh. Dah ada orang book. Padahal aku dah book sebulan lebih awal. Siap letak deposit lagi. Macamana dia boleh let go kat orang lain pun aku tak tau. Hampeh tul la... Aku tetiba rasa nak marah pulak tapi memandangkan mood aku baik lagi kan pagi tu (yelah dalam mood bercuti) so aku tak bising la. Agen tu provide Toyota Isis kat kami. MPV 7 seater jugak macam Innova tapi kecik sikit, but harga sama. Aku yang dah malas nak bertekak, setuju jela. Lagi pun dah bayar deposit kan. Mujurlah condition kereta ok.

Lepas ambik kunci dan sumbat beg dalam kereta, kami terus drive ke Pantai Cenang sebab ingat nak check-in kat chalet yang kami dah book di situ. Kami menyewa 2 buah bilik Deluxe di Langgura Baron Resort. Sampai kat sana, kami hampa sebab belum boleh check-in lagi. Bilik yang kami book masih ada orang yang stay kat situ. So, kena tunggu pukul 2 petang nanti baru boleh check-in. Aku tak kisah sangat la pasal tu sebab kami boleh terus pergi berjalan-jalan. Tapi untuk mengelakkan kejadian yang sama berlaku macam kes kereta sewa tu, aku terus buat bayaran penuh untuk 2 buah bilik tu sebagai secure booking. Staf kat chalet tu pun dah janji yang 2 bilik tu untuk famili aku je. Lagipun, kami rasa lokasi resort tu pun bagus sebab betul-betul dekat dengan pantai. Harga pun ok. Nak stay kat chalet-chalet lain yang popular kat pantai Cenang macam AB Motel, Malibest Resort, semua dah fully booked.

macam ni lah lebih kurang bilik yang kami book tu

Dari Langgura Baron Resort, kami terus ke sebuah warung tepi jalan di persisiran Pantai Cenang tu untuk sarapan pagi. Lepas sarapan, kami terus ke Kota Mahsuri. Ayah dan husband aku cakap Kota Mahsuri sekarang dah banyak berubah. Waktu diorang pergi tahun 90-an dulu tak ada Kota Mahsuri ni. Cuma ada Makam Mahsuri je. Sekarang diorang dah buat macam satu tempat besar yang merangkumi Makam, Muzium Mahsuri, Perkampungan Kedah, Rumah Mahsuri dan Telaga Mahsuri dalam satu Kota. Masa kami sampai banyak jugak budak-budak sekolah yang ada kat situ. Ikut rombongan sekolah kot.



Dekat Kota Mahsuri ni jugak kalau nak shopping kain batik jawa, t-shirt2 dan minyak gamat pun boleh. Murah-murah belaka. Banyak gerai-gerai kecik dekat bahagian luar Kota Mahsuri yang jual barang-barang tu. Kat sini adala aku shopping 3 helai batik jawa, sehelai pelekat untuk bapak mertua, t-shirt sehelai dua dan minyak gamat. Kain batik jawa boleh dapat dengan harga serendah RM9-RM10 sehelai. Tapi aku tak berani nak beli banyak sebab takut masa nak balik nanti kena tax pulak kat Langkawi Airport. Minyak gamat pulak kalau botol panjang kurus tu boleh dapat RM8 untuk 15 botol. Banyak tu. Boleh bagi kat sedara-mara dan kawan-kawan bila balik nanti. Picture waktu shopping aku tak ada la pulak. Mana sempat nak keluarkan kamera haih kalau mata dah rambang! hehehe...

Dari Kota Mahsuri, kami ke Pekan Kuah pulak. Singgah sekejap di Dataran Helang. Ni antara tempat wajib la kan kalau ke Langkawi. Kat sini takde apa yang menarik pun selain replika helang gergasi tu. Kat sini kalau nak bergambar kenang-kenangan boleh la. Lama jugak kami kat sini. Siap naik sampai ke kaki burung helang tu nak ambik gambar. Mujurlah cuaca tak panas langsung. Lepas habis bergambar, waktu sembahyang Jumaat pun dah nak masuk. Kami pun terus ke Masjid Al-Hana Pekan Kuah. Yang lelakinya kena sembahyang Jumaat la kan. Aku dan mak pulak tunggu dalam kereta je. Kami pun ambik kesempatan relax. Mak aku siap sampai terlelap dalam kereta tu.




Selesai solat Jumaat, kami terus cari kedai makan. Perut pun dah lapar. Kami singgah warung tepi jalan dekat Pekan Kuah tu. Tokey macam orang Siam. Lauk pun dah tak berapa nak ada. Dah pukul 2.00 lebih kan... So tinggal sikit je la. Takpela... janji kenyang sudah. Lepas lunch, terus ke chalet untuk check-in. Sampai-sampai je terus baring atas katil. Penat sungguh. Petang tu kami hanya berehat dalam bilik. Dalam pukul 5 petang kami lepak-lepak di Pantai Cenang. Husband and adik-adik aku mandi laut. Aku cuma jaga barang je kat tepi pantai. Mood nak mandi belum ada la.. Memang ramai manusia petang tu kat pantai. Macam-macam rupa. Ada bawak famili, ada yang seksi berbikini. Perghhh... Ayah aku siap sewa satu banana boat utk famili aku kat situ. Nak merasa kena tarik dengan jet ski. Aku tak join la sebab aku tengok jet ski tu laju sangat and banana boat tu terhentak-hentak atas air. Takut pulak aku...maklumla tengah pregnant ni kena jaga. Makanya, telan air liur je la aku tengok ayah, mak, husband and adik2 aku naik banana boat tu. Takpe, next time boleh merasa naik.

Malam- kami satu famili keluar ke Pekan Kuah sekali lagi. Tempat tujuan - Haji Ismail Group (HIG). Shopping la apa lagi!. Kat Hj. Ismail Group ni terkenal dengan deretan coklat bermacam jenis, pinggan mangkuk dan peralatan rumah lain... memang rambang mata tengok. Seperti biasa, kalau dah rambang mata, maka kamera pun tersimpan dalam beg. No picture during shopping2 ya you all! Kat sini je aku dah habiskan RM100 lebih. Ni baru satu malam! Haih... tu cuma kat coklat je tau! Masing-masing keluar dari HIG memang ada kurang2 satu plastic beg kaler hijau kat tangan. Habis shopping, kami makan malam dan balik chalet. Tidoooo...

to be continued...

Wednesday, November 17, 2010

Check up Kali Ke-6 : 16 Nov 2010

Rutin check up hari ini :

i. Check air kencing dan timbang berat (aiyoo berat naik lagi 2 kilo... kuatnya aku makan!)

ii. Check tekanan darah (result : 100/70, normal la tu)

iii. Ambik darah (result Hb sangatla bagus sampai kena puji dengan nurse heheh... bacaan 13.6)

iv. Ukur tinggi rahim dan cek kadar denyutan jantung baby (masa ni dapat dengar bunyi jantung baby dup dup dup laju! Alhamdulillah normal)

v. Nurse bagi supplement folic acid dan obimin pluz. Suruh datang lagi 14/12/2010.

vi. Sebelum balik, kena ambik suntikan tetanus (kancing gigi) dulu... lepas kena cucuk sampai sekarang lenguh2 lagi tangan kiri aku. Lepas ni kena ambik satu lagi suntikan, tapi tak tau lagi bila tarikh dan masanya. Bersiap sedia aje la...


Tuesday, November 16, 2010

Senarai Barang Baby + Mummy Yang Perlu Dibeli

Items for baby :-

1. Baby cot / cradle
2. Selimut baby (hooded)
3. Comforter set or tilam baby
4. Bantal
5. Clothing
6. Botol susu (Avent/MAM)
7. Bottle sterilizer / warmer
8. Beg barang2 baby
9. Alas tukar lampin
10. Cloth diapers (CD)
11. Disposable diapers (standby aje untuk emergency case)
12. Set toiletries baby
13. Pengetip kuku and baby cotton bud
14. Breast pump (tak tau nak beli brand apa)
15. Baby Car seat
16. Booties and mittens
17. Besen mandi
18. Barut baby
19. Bedung baby
20. Baby oil
21. Tuala mandi
22. Susu formula (jugak utk standby if susu badan tak banyak)
23. Play and learn gadget/toys

Mummy's items :-

1. Set bersalin/pantang (Amway or Khazanah Bonda by Sis Lana)
2. Batu tungku
3. Barut
4. Nursing bra
5. Nursing pad
6. Nursing ponco
7. Tuala wanita
8. Disposable panties
9. Stokin panjang
10. Breast milk enhancer (nak beli kena tengok keadaan)

Setakat ni, ini ajela list barang yang aku teringat. Ada yang aku dah beli sikit-sikit. Tapi masih banyak yang belum. Maklumla... barang2 baby bukannya murah. Kalau boss bagi bonus awal tahun depan, ada sedikit kelegaan la...



Wednesday, November 3, 2010

Lawatan Pertama - Shah Alam Specialist Hospital (SALAM)

1 November 2010 yang lepas aku dan suami berkunjung ke Shah Alam Specialist Hospital (SALAM) kat Seksyen 19, Shah Alam. Kebetulan minggu tersebut kami pulang ke rumah orang tua aku di Meru, Klang, so kami decide nak scan kandungan. Tambah pula kami baru balik dari bercuti di Langkawi. Nak jugak tahu perkembangan baby.

Kami bertolak dari rumah jam 9.00 pagi, tapi sampai ke sana sejam kemudian... huhu gila lama... sebenarnya kami tersesat. Aku sendiri dah tak ingat direction nak ke Seksyen 19 tu. Kalau nak diikutkan tak la jauh sangat tempat tu. Dalam 20 minit sepatutnya dah boleh sampai. Bila kami sampai patient O&G tak ramai sangat. Tapi tak ramai pun, turn aku nak dapatkan rawatan pukul 1.00 petang jugak. Gynae yang kami jumpa tu kebetulan kena lari sekejap ke wad bersalin sebab ada ibu yang nak bersalin time tu. The gynae was Dr. Siti Mariam SH Ahmad... very nice person. Nampak keibuan dan Islamik. Dah rezeki kami dapat jumpa Dr. Siti hari tu sebab sepanjang November katanya dia tak bertugas sebab nak tunaikan Haji.



Masa tengah scan baby, masyaAllah, baby tak henti-henti bergerak. Aktif sungguh. My hubby siap tergelak lagi bila dia pusing badan dia. Sambil Dr. Siti tunjuk anggota tubuh baby, dia terangkan dengan detail. Tu yang kami puas hati sangat. Berbeza kalau check up dekat klinik kerajaan. Dr. cakap heart beat ok, berat baby for the time being is 491 gram.The baby was so shy... tak nak tunjuk anu dia. Jenuh Dr. tekan-tekan kat perut aku. Masa tu Dr. dapat detect kedudukan baby agak rendah sikit, so dia tekan ari-ari aku ke atas macam yang mak bidan selalu urut tu. Mak aih.... sakit sangat. Tapi lepas tu bila Dr. scan balik, baby dah tunjuk anu dia. Mungkin sebab tak selesa, kakinya terkangkang sikit and zzzupp... nampak "bird"! hehehe... Dr. cakap confirm baby boy!...

Me and hubby were very happy... and of course my hubby la yang paling seronok, sebab dia memang suka baby boy. Aku pulak suka girl... Tapi kami berdua tak kisah pun... janji baby dapat keluar dengan selamat dan sihat.

Sebelum balik, aku tanya dengan Dr. Siti macamana prosedur kalau nak bersalin kat SALAM. Dia cakap sebulan sebelum bersalin, datang lagi kat SALAM dan terus buat booking atas nama Dr. Siti and tak payah letak duit deposit pun. Aku plan, kalau tak ada apa-apa masalah dari segi kesihatan dan kewangan, ingat nak bersalin kat SALAM la. Nampak servis dan environment pun macam bagus.

Kat bawah ni gambar ultrasound my baby... subhanallah... kiut kan? heheh..

(sorry, gambar dah tak leh rotate)



Thursday, October 21, 2010

Check Up Kali Ke-5

Hari ini kandunganku genap 21 minggu. Macam biasa pergi buat regular check up dekat klinik desa Pekan Senai. Tapi check up kali ni special sebab my baby nak jumpa dengan doktor. Sebelum ni cuma nurse je yang buat monthly check up. Aku datang klinik seawal pagi dan dapat nombor giliran yang ke-3. Huhuhu bravo Mazliza! Kali ni mr. hubby tak dapat teman sebab dia ada audit kat tempat kerja dia.

Doktor yang cek aku doktor lelaki India. Aku ingatkan doktor perempuan Melayu, sebab last week waktu aku datang untuk pemeriksaan gigi aku nampak doktor yang bertugas doktor perempuan melayu. Tapi takpelah, yang penting aku dapat scan baby hari ni. Sementara duduk tunggu dipanggil, baby aku asyik menguit-nguit dalam perut. Kadang-kadang dia menendang jugak. Tersenget-senget badan aku menahan geli. Mungkin baby lapar kot. Maklumla, sebelum pergi aku cuma sempat minum air soya kotak dan beberapa hiris kek lapis je.

Masa scan, doktor tunjuk kat aku macamana baby dalam perut. Dia tunjuk kepala baby, jantung, tangan dan kaki. Subhanallah! Paling best masa doktor tunjuk kaki baby, kakinya tu tengah bergerak-gerak. Kelakar pulak aku tengok, tapi aku tahan gelak sebab doktor tekan bebuli scan tu kuat pulak. Hehe senak perut aku. Aku tanya doktor boleh nampak tak jantina baby. Dia tekan lagi and cakap buat masa ni probably a GIRL. Wahh teruja aku. Tapi dia suruh datang scan lagi bila masuk Minggu ke-28.

Nampaknya ultrasound baby tak ada masalah. Doktor pun tak cakap apa-apa. Cuma dia tulis dalam buku merah tu estimated due date (EDD) aku jadi 8/3/2011 pulak. kalau dikira dari tarikh akhir datang bulan aku sepatutnya deliver 3/3/2011. Ermmm... mana satu betul ni?

Lepas selesai semua, aku bagitau mak dan mr.hubby about the ultrasound result. Mak aku seronok je dengar. Mr. hubby pulak cakap rugi tak dapat tengok scan tadi. Then aku cakap, takpe nanti kita pergi check up and scan kat klinik swasta pulak sebab kat klinik kerajaan suami biasanya tak masuk bilik doktor. Masa aku scan tadi pun sampai 2 orang sebilik. So, kesian pulak for the other pregnant lady kan. Tak selesa pulak dia kalau laki aku masuk sekali.

Sampai sini dulu update aku. Nanti aku story-mory lagi lain cerita di lain masa.

Wednesday, October 13, 2010

Pemeriksaan Gigi

Hari ni ummi ada appointment dengan doktor gigi di klinik kerajaan untuk pemeriksaan gigi bagi ibu-ibu mengandung. Ummi sampai di klinik seawal jam 7.20pagi dan terus ambil angka giliran. Alhamdulillah orang belum ramai sangat yang datang. Ummi giliran yang ke-10. Ummi ingatkan ada chance nak balik awal, rupanya tak dapat. Doktor gigi hanya sampai di klinik jam 9.15pagi. Haih doktor pun lambat. Orang dah makin ramai datang sampai tak cukup tempat duduk. Perut ummi pun dah berkeriuk-keriuk tanda lapar. Kesian baby.... Ummi sengaja tak mau jamah sebarang makanan, cuma cukup segelas air kosong je untuk elak mulut berbau. Ye lah, kita nak jumpa doktor gigi kenalah pastikan mulut kita bersih dan tak berbau tengik. Betul tak?

Jam 9.45pagi, giliran ummi sampai. Nasib baik ummi tak lama sangat dalam bilik pemeriksaan tu. Doktor cuma cek biasa-biasa je. Cuma nak tengok kedaan gigi macamana. Doktor cakap gigi ummi cantik, cuma ada bekas tampalan je. Doktor nasihatkan ummi jaga gigi bateul-betul dan dia cakap lagi bila dah ada anak, sentiasa bersihkan gusi, mulut dan lelangit baby dengan kain basah walaupun baby masih belum tumbuh gigi lagi. Tak sampai 5 minit ada dalam bilik tu, ummi pun boleh balik. Alhamdulillah semua ok.

Minggu depan, hari yang sama, ummi ada appointment dengan doktor pregnancy pulak. Harap-harap dapat scan baby minggu depan and kalau ada rezeki dapat tengok jantina baby. Baby, please don't shy-shy ye.... tunjukkan anu mu itewww hehehe....

Thursday, October 7, 2010

Warming Up Shopping For Baby


Eh, dah beli barang baby??? Cepatnyer!!
Hehe... sebenarnya Selasa malam lepas aku dan suami bershopping barang dapur di Tesco Kulai. Bila masuk je situ aku cakap dengan suami nak pergi department barang baby dulu, saje nak cuci-cuci mata. Sampai je situ, alamak.... geram la pulak tengok baju-baju baby kiut-miut, dengan acessoriesnya, baby stroller.... haih... ku paksa jugak tahankan hati ni. Mula-mula aku pegang-pegang baju saiz new born baby... macam dah terbekenan. Tapi akal warasku masih menguasai nafsu...heheh...lagipun kami masih tak tau jantina baby lagi kan... So aku abaikan la baju tu. Lagipun baju-baju kat Tesco tu mostly in pink and blue color which is soooo typical... Aku ingat nak cari color yang apa-apa jantina baby pun boleh pakai macam oren ke, kuning ke, hijau ke, purple ke... tapi nan ado..

Jalan-jalan lagi, aku terjumpa set sarung tangan dan kaki baby beserta dengan topi baby color oren... Aku tengok brand tak well known la...but yet the color is so nice. Aku tanya hubby boleh tak aku beli. Hubby cakap, nak beli, beli aje... takpe. Hubby dah cakap gitu aku apa lagi, terus sambar set tu. Lepas tu ternampak pulak towel set jenama Pureen dan set sarung tangan dan kaki jenama sama. Color pun ok. Aku ambik jugak... Dalam hati aku cakap, takpela... this time just warming up shopping dulu buat senang2kan hati... hehe... nanti dah masuk 6 month to 7 month nanti baru shopping betul-betul untuk baby.


Saturday, October 2, 2010

Bersalin Di Mana?

Sekarang aku tengah sibuk meng'google' hospital mana aku nak bersalin nanti...
Cepat sangat ke?
Tak kot rasanya. Since aku dan suami dah sepakat membuat keputusan untuk aku bersalin di Shah Alam / Klang je, so kena start survey dari sekarang. Kenapa tak di Johor aje?
First reason : dekat dengan rumah orang tuaku, Second : senang kalau apa2 terjadi kat aku, orang tua dan adik-beradik ada keliling, Third : kami ada plan to settle down di Selangor satu hari nanti (InsyaAllah)...so nak la anak2 kami jadi anak Selangor.... Jangan jadi cam aku ni, I/C tulis 08 (lahir di Perak), tapi menetap di Selangor... Sudahnya waktu aku sekolah dulu susah bebenor nak dapat scholarship, sekolah asrama Yayasan Selangor, hak-hak istimewa sebagai anak Selangor sebab mak pak aku pun lahir di Perak.... kesian aku dulu... So, tak nak la anak2 aku pun mengalami kesusahan yang sama...

Aku dah ada beberapa pilihan dalam senarai aku. Tapi masih belum buat keputusan tetap lagi sebab masih lagi nak mengkaji pros and cons nya.

1. Hospital Putrajaya
- memang ada dalam top list aku memandangkan ramai yang kata servis tip top disini even though government hospital, tapi Meru-Putrajaya jauh tu... mau terberanak aku dalam kereta nanti..

2. Hospital Sg. Buloh
- 2nd option aku selepas Putrajaya... dari rumah mak pak aku tak le jauh sangat if ikut jalan dalam (provided no traffic jam at all la kan..)

3. Shah Alam Specialist Hospital, Seksyen 19 (SALAM)
- private hospital. Rate untuk normal and c-sect delivery pun boleh tahan. Masih mampu lagi untuk membayarnya. Paling penting tak jauh dari Meru and Shah Alam pun tak jam sangat macam Klang.

4. Poliklinik Syahirah, Seksyen 7 Shah Alam
- pun private centre jugak. Tapi tak bertaraf hospital la.. if kandungan tak ada masalah, bolehla bersalin di sini. Delivery charges tak dapat dipastikan since diorang takde website sendiri. So kena pergi sendiri poliklinik ni untuk dapatkan maklumat.

5. Hospital Bersalin Razif, Klang.
- private hospital. Diorang ni dah establish lama dah since aku masih sekolah rendah lagi dah ada hospital ni. So, capability and reputation hospital ni agak terjamin la even though ada jugak a few cases yang tak berapa sedap didengar. Delivery rate lebih kurang sama macam SALAM jugak. Affordable.

6. Poliklinik dan Pusat Bersalin Barakah, Bandar Puteri Klang
- first time baca website diorang, teruja jugak nak bersalin kat sini sebab doktor yang incharge untuk O&G cases/delivery semuanya wanita Muslim. Yang best nya tempat ni ala-ala Islamik. Ibu-ibu yang ditempatkan di wad-wad akan diperdengarkan dengan cd bacaan ayat-ayat Al-Quran sementara nak masuk labour room. Bayangkan, tgh menahan sakit contraction tu, sejuk sikit hati bila dengar ayat Al-Quran kan... tapi the big problem is poliklinik ni cuma handle kes bersalin normal sahaja. Diorang tak accept kes bersalin c-sect. So, kena pastikan kandungan dan ibu tak bermasalah untuk bersalin normal. Tapi manala kita nak tau kan...kot-kot waktu dah dekat nak bersalin tu tetiba ada problem ke, apa ke, jadi satu hal pulak kena tolak pergi hospital lain... haih tak maula aku... dah la Bandar Klang tu terkenal dengan traffic jam nya... ayoo..

7. Poliklinik UMRA Seksyen 13 Shah Alam
- Rate poliklinik ni adalah yang paling murah setakat ni kat Shah Alam. Tapi ada cerita-cerita tak enak didengar pasal doktor kat sini suka sangat buat c-sect dengan alasan air ketuban ibu kurang. Tak tau ler betul ke idak, tapi kalau dah ramai sangat yang respon begitu, maknanya ada sesuatu la jugak kan...

8. Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang
-oops... kalau boleh tak nak masukkan hospital ni dalam list.. tapi aku letak jugak la dalam last option aku. Rasanya ramai orang dah tau reputation hospital ni... terkenal dengan banyak kes yang tak sedap didengar... belum campur lagi dengan sesaknya sampai tak cukup katil...tapi aku berserah je pada Allah, kalau dah tiba waktunya nanti dah takde pilihan lain, kena masuk jugak la hospital ni kan...

Dialog: Ummi : Baby, baby... baby nak keluar nanti nak ummi pergi spital mana?
Baby : ermmm... mana-mana la ummi, janji selesa...hik hik
(ermmm...bagusnye la kalau baby dalam perut ni boleh bercakap hahaha)


Sakit Bawah Perut

Aduhh....sakit bawah perut lagik!!!
Aku tak taula kenapa lepas balik dari cuti beraya di kampung aku selalu je rasa sakit kat bawah bahagian bawah perut ni... risau jugak... kadang-kadang sakit mencucuk kat pinggang, kadang rasa berat je kat part tulang pelvik ni... kalau dalam keadaan duduk pastu nak bangun berdiri, hah ambik kau... sakit... kena bangun pelan-pelan.

Normal ke kalau ada rasa sakit cenggini? Adakah sebab kandungan makin membesar dan rahim pun nak ikut membesar dan ini punca penyebab sakit ni? aduh.... help me...

Thursday, September 30, 2010

Kehamilan : Minggu 18

Dah lama tak update blog ni.. Semua ni akibat malas dan tak ada mood ;)
Minggu ni kandunganku dah masuk mingu ke-18 / 4 bulan ++. Perut dah semakin membesar dan dah nampak macam ibu mengandung. Seronok bila tengok perkembangan perut sendiri. Tiap-tiap hari mesti berdiri depan cermin panjang nak tengok saiz perut dan kalau-kalau ada tanda-tanda perut bergoyang ke akibat baby kicking.. hehe...tak seawal tu kot...



Alahan yang aku alami sepanjang 3 bulan pertama dah semakin berkurangan... Sekarang cuma muntah-muntah di waktu pagi je dan dah ada selera makan. Kalau diingat balik 3 bulan sebelum ni, mak aih.... kalau boleh tak mau rasa lagi kesengsaraan muntah-muntah dari pagi sampai ke petang, hilang selera makan. Bayangkan, dalam tempoh 3 bulan tu, aku boleh dapat balik berat badan masa zaman aku study di UPM dulu... Bila balik kampung raya puasa lepas, ramai sedara mara yang kata aku dah kurus! Kesian baby dalam perut ku, ummi tak dapat makan makanan yang sedap-sedap... asyik keluar balik je... Namun aku bersyukur tak ada kejadian yang tak diingini berlaku dan kesihatan aku disahkan baik walaupun berat badan turun mendadak.

Aku baru je try makan produk sebelum bersalin SALINDAH... Dah lebih kurang seminggu makan dan kesannya Alhamdulillah... rasa badan makin cergas especially bila malam. Selalunya pukul 8.30 malam mata aku dah tak boleh bertongkat lagi, lebih-lebih lagi semenjak pregnant... memang zzzzz la jawabnya... tapi lepas consume SALINDAH B1 + Asid folic, mata aku still boleh tahan lagi even dah pukul 10 malam (selalunya aku masuk tidur pukul 10 malam). Muntah dan loya pun dah kurang... Alhamdulillah, berkat kawan2 yang cadangkan ambil Salindah... Harap-harap proses kehamilan dan pertumbuhan baby berjalan lancar...InsyaAllah... tak salah kan kita berusaha.



Oh ya, sekarang ni aku dan suami dah mula mengumpul duit untuk persiapan kelahiran baby sulung kami.. Earning kami setiap bulan sekarang ni dah kena diasingkan sikit untuk baby... aku pun sekarang dah mula 'google' di internet untuk tambah info tentang pregnancy and delivery... haishhh... cuak juga bila baca pengalaman orang lain bersalin... kena induce la...gunting la... jahit la... aduh seremmm. Nak hilangkan perasaan cuak, aku google pulak blogshop yang jual pakaian baby... haih geram pulak tgk baju baby kiut-miut... ikut hati mau aje dibeli. Tapi memikirkan jantina baby pun masih tak tau lagi, kutahankan perasaan ni...hehe...

aku suke sangat ngan rompers... senang nak tukar lampin hehe..

Next checkup with doctor will be on 20/10/2010... Nanti aku update.

Wednesday, July 21, 2010

Checkup Kali Ke-2

Minggu ni ummi dah masuk minggu kelapan kehamilan. Semalam ummi dan abi ke Perdana Specialist Maternity Centre di Skudai, Johor. Ummi nak buat check up. Dekat klinik, doktor scan perut ummi. Alhamdulillah, dah nampak baby dalam rahim dan paling penting doktor kata kedudukannya ada dalam rahim... Lega hati ummi dan abi mendengar...

Sebelum ni kami risau kalau-kalau ummi mengandung di luar rahim, sebab masa minggu keenam kehamilan ummi selalu rasa sakit macam senggugut. Bila buat check up kali pertama, doktor tak dapat kesan baby dalam perut. Macam-macam kami fikir, tapi dalam hati kami cuba bertenang dan berfikiran positif... Ummi juga tak putus-putus berdoa pada Allah s.w.t. agar kehamilan ummi ni dipermudahkan dan baby selamat.

Lepas ni ummi kena tunggu lebih kurang 4 minggu lagi untuk check up kali ke-3. Masa tu nanti kandungan ummi dah masuk 3 bulan. InsyaAllah...

Monday, July 19, 2010

Rewind ~ Saat "Declare" Hingga Ke Jinjang Pelamin

Cerita disambung…
Seperti yang ummi janjikan, ummi sambung cerita macamana abi cakap abi suka kat ummi dan seterusnya membawa ke jinjang pelamin.
Setelah sebulan lebih berkawan rapat, pada satu malam 11 Januari 2004, abi ajak ummi keluar makan dan jalan-jalan. Masa ni abi dah dapat kerja dekat Kajang. Lepas Maghrib, abi jemput ummi dekat kolej. Masa ummi bukak pintu kereta abi, ummi terkejut sebab ada sejambak bunga ros merah segar atas kerusi. Ummi terus tanya abi, “bunga ni untuk siapa?” Abi tersengih-sengih. “untuk awak lah”. Hati ummi punyalah berbunga-bunga sebab first time seumur hidup dapat bunga. Tak sangka ummi, romantik jugak abi ni.

Declare…

Lepas makan-makan, kami pergi lepak ambik angin malam dekat Putrajaya. Kami berborak-borak macam-macam, pasal kerja, study dan masa depan. Masa tu lah abi cakap abi sukakan ummi dan kalau ada jodoh abi nak jadikan ummi isteri dia. Ummi tak tau nak cakap apa masa tu. Cuma ummi cakap, “takpela, kita cuba dulu, kalau ada jodoh, ada lah. Lagipun saya nak sambung belajar lagi” Abi punyalah suka sampaikan sebelum nak balik dia boleh jerit “Pak Lah, aku dah ada awek!” huhuhu… Klu anakanda nak tau, Pak Lah tu Perdana Menteri Malaysia waktu tu. Hehe mentang-mentanglah ada kat Putrajaya, ingat Pak Lah boleh dengar ke apa?... Bermula dari malam tu kami pun sah sebagai pasangan. Hehehe boleh tak ayat? Hubungan kami berlanjutan hingga lebih 3 tahun. Family ummi dan family abi pun dah tau hubungan kami. So far pada masa tu keluarga tak ada halangan. Sepanjang 3 tahun ni, kami boleh dikatakan pasangan bercinta jarak jauh. Abi masa tu dah dapat kerja lain dekat Penang. Ummi pulak masih di UPM sambung pengajian peringkat Ijazah. Jarang-jarang kami dapat jumpa. Bergaduh kemudian berbaik semula tu perkara biasa. Tapi dari hari ke hari ummi dapat rasakan yang abi memang jodoh yang telah ditentukan oleh Allah untuk ummi. Kami macam ada satu jalinan chemistry antara satu sama lain. Tiap kali ummi teringatkan abi, atau baru nak ambik telefon untuk call abi, mesti abi akan telefon ummi masa tu jugak. Pelik. Sebelum dengan abi, ummi pernah berkawan dengan orang lain. Tak pernah ummi rasa perasaan macam ni selain bersama dengan abi.

Merisik, bertunang dan menikah…
Akhirnya, semasa cuti antara semester bulan Jun 2006, family abi datang ke rumah family ummi untuk merisik. Waktu tu ummi dah nak masuk semester akhir pengajian. Lepas berbincang-bincang, kami setuju untuk bertunang lepas ummi habis belajar pada bulan November nanti. Tarikh bertunang pun dah ditetapkan – 17 Disember 2006. Alhamdulillah, rezeki ummi murah masa tu, lepas je habis belajar ummi terus ditawarkan bekerja dekat-dekat dengan kawasan rumah family ummi. Jadi, duit gaji bolehlah buat tambah-tambah untuk beli barang hantaran. Tarikh 17 Disember pun sampai. Kami ditunangkan dalam majlis yang cukup meriah dengan kaum keluarga. Ramai saudara-mara yang cakap kenduri bertunang ummi dah macam kenduri kahwin! Melalui perbincangan, tarikh nikah ummi nanti dalam cuti sekolah bulan Mei 2007. Bermakna, ummi hanya bertunang dalam masa 5 bulan aje. Ummi pun tak sangka begitu cepat. Ummi ingatkan bertunang dalam tempoh setahun, seperti kebiasaan pasangan lain. Gelabah jugak, tapi redha aje lah. Tanggal 26 Mei 2007, kami telah selamat dinikahkan oleh ayah ummi sendiri.. Keesokan hari, majlis bersanding berlangsung, diikuti kenduri di sebelah rumah famili abi di Taiping pada minggu berikutnya. Alhamdulillah. Segala yang dirancang dah jadi kenyataan. Ummi dan abi semestinya bersyukur kerana dapat menjadi pasangan suami isteri yang sah akhirnya.

Thursday, July 15, 2010

Detik Perkenalan Ummi dan Abi

Kali ni ummi nak cerita sikit macamana ummi boleh jumpa abi. Kisahnya berlaku waktu ummi belajar di Universiti Putra Malaysia dan menetap di Kolej Kediaman Ketujuh (sekarang namanya dah bertukar – Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah @ KOSASS).

Masa ummi junior first year dalam tahun 2001, ummi join Kelab Usahawan Pelajar 7 yang ada kat kolej ummi masa tu. Masa join kelab tu la ummi kenal dengan abi selaku senior kolej ummi dan senior kelab tu. Abi masa tu student third year fakulti Kejuruteraan. Waktu tu kami masing-masing tak ada perasaan antara satu sama lain dan ummi rasanya tak pernah terfikir yang abi akan jadi jodoh ummi. Jadi kami di waktu itu cuma sekadar tahu nama dan kenal rupa aje lah.


Sms…

Masa terus berlalu hinggalah akhir bulan Oktober 2003 ummi cuti semester. Masa ni ummi dah pun jadi student final year diploma. Abi pulak dah semester akhir. Oleh kerana boring dan nak mengisi masa lapang, ummi join trip ala-ala backpackers kat Gua Musang, Kelantan. Masa tu abi pun join sekali tau. Kami beramai-ramai naik keretapi daripada KL Sentral ke Gua Musang. Masa dalam keretapi tu ummi terima sms daripada nombor yang tak dikenali. Ummi ingat lagi ayat pertama yang keluar – “dengar cerita pergi gua musang, betul ke?’’ Oleh kerana boring dalam keretapi, ummi pun balaslah sms tu. Mungkin Tuhan gerakkan hati untuk balas sms tu jugak kot… Kejadian berbalas-balas sms berlanjutan sampai kami semua tiba di Gua Musang. Yang bestnya, ummi masih tak tau siapa yang sms ummi tu. Ummi ada tanya, tapi ‘orang’ tu pandai lari topik.

Bila tiba di Gua Musang, kami pun jalankan aktiviti-aktiviti yang dah dirancang. Abi waktu tu jadi orang kuat program jugaklah. Sepanjang 3 hari kat sana, ummi dah tak terima sms lagi dari ‘orang’ tu. Terdetik di hati ummi “macam dia tau-tau je aku busy sekarang ni . Masuk hari kedua di Gua Musang, ummi terfikir nak siasat siapa punya no. telefon tu. Kebetulan pulak ummi tidur satu khemah dengan kawan ummi yang jugak AJK program tu. Ummi pinjam telefon dia dengan alasan nak tengok-tengok no. fon dalam telefon dia. Masa tengah sibuk browsing no. fon, tiba-tiba ummi ternampak satu nombor yang memang ummi dah kenal sangat. Sah, ni nombor ‘orang’ tu! Kat skrin telefon tertera nama Paus (nama panggilan abi di kolej dulu). Ummi terkejut sangat rupanya orang yang ummi berbalas-balas sms tu adalah abi!

Lepas aje dapat tau, ummi plan nak buat-buat tak tahu. Jadi sepanjang program tu, ummi pura-pura dan buat tak tau je la bila terserempak atau berhadapan dengan abi. Hehehe…lawak betul bila dikenang balik.


Kantoi…

Bila kami balik semula KL, masing-masing bawak haluan sendiri sebab waktu tu masih lagi cuti semester. Ummi pun terus balik rumah keluarga ummi. Sehari lepas tu, ummi terima lagi sms daripada abi. Seperti biasa ummi pun balas sms dia. Tapi ummi masih tak bagitau abi lagi yang ummi dah tau yang orang tu adalah abi. Keadaan berlanjutan sampai nak dekat sebulan lebih jugak. Akhirnya, ummi dah penat nak main sembunyi-sembunyi, ummi pun terus cakap kat abi yang ummi dah tau siapa abi. Hahaha kantoi! Abi macam panik tapi dia tergelak pulak lepas tu. Ummi tanya abi macamana boleh dapat no. ummi. Abi cakap dapat dari seorang kawan kami masa tunggu keretapi dekat KL Sentral. So, bermula dari hari tu kami berkawan rapat dan cuma telefon lah penghubung kami memandangkan abi dah habis belajar dan balik kampong. Ummi pulak ada kat Selangor.

Emmm…macam tu lah kisahnya. Di hari lain ummi akan cerita pulak macamana abi bagitau ummi yang dia sukakan ummi, atau istilah budak-budak zaman ummi masa tu kata “declare”… hehe..


To be continued…

Wednesday, July 14, 2010

Muntah - muntah

Pagi Ahad lepas ummi muntah-muntah. Mungkin sebab loya minum susu. Habis semua sarapan yang ummi makan pagi tu keluar. Mujurlah sepanjang hari tu sekali tu je ummi muntah teruk. Lepas tu dah tak lagi. Cuma loya-loya masih tak hilang.

Macam ni rupanya rasa orang mengandung loya-loya ye.. Harap-harap hari-hari selepas ni ummi tak muntah teruk lagi..

Saturday, July 10, 2010

Sakit

Sepanjang minggu ni ummi dapat rasa kelainan dalam diri ummi. Kadang-kadang ummi rasa sakit di bawah perut, tapi mujurlah sakit tu datang kadang-kadang je dan sekali lalu.. kalau bangun tidur pagi ummi susah nak kencing (kencing tak lawas), angin pulak banyak yang keluar, paling ketara ummi cepat lapar dan penat.

Ummi dah tak boleh diet sangat seperti sebelum ummi mengandung. Sekarang ummi dah kena fikir tentang baby. Kena makan bila rasa lapar. Kalau dulu, bila ummi lapar je ummi tahan sampai ummi rasa boleh tahan. Sepanjang minggu ni, ummi dah mula minum susu untuk ibu-ibu mengandung. Dua kali sehari - pagi dan malam. Hari pertama dan kedua, ummi masih boleh telan lagi susu ni, tapi hari seterusnya ummi dah rasa loya dan tak mau minum susu. Tapi ummi kena teruskan jugak. Peliknya ummi hanya rasa nak muntah bila minum susu pada waktu pagi je. Ummi cakap pada diri ummi, "aku ada 8 bulan lagi nak harungi, suka ke tak suka ke wajib minum susu demi baby".

Abi banyak bagi sokongan kepada ummi. Abi belikan ummi kurma, apa yang ummi nak makan abi pergi cari dan belikan. Hujung minggu ni, ummi dan abi nak pergi cari kismis, kurma dan badam. Semua makanan ni elok untuk perkembangan baby dalam perut.

Ermm.. harap-harap minggu-minggu seterusnya kesihatan ummi baik dan dijauhkan dari simptom-simptom 'morning sickness' dan sakit-sakit lain.. Amin..

Thursday, July 8, 2010

Kewujudanmu

Pagi subuh 5 Julai 2010 adalah tarikh bermakna dalam hidup ummi dan abi. Selepas ummi bangun daripada tidur, ummi lekas ke bilik mandi. Ummi nak buat ujian kehamilan dengan alat ujian yang ummi dah beli petang semalam. Ummi terkejut dan rasa tak percaya bila alat ujian tu menunjukkan positif. Bayangkan, selama 3 tahun ummi buat ujian tersebut, hasilnya asyik negatif je, tapi pagi tu ummi tak sangka keputusannya berbeza. Patutlah ummi lambat datang period bulan ni.

Ummi cepat-cepat keluar dari bilik mandi. Ummi jerit panggil abi. Abi pun sibuk tanya kenapa. Ummi terus tunjuk alat ujian kat abi. Ummi cakap "sayang pregnant!". Abi terkejut sangat, terus abi peluk ummi. Tapi ummi dan abi masih tak percaya. Selang 15 minit kemudian, ummi buat lagi ujian. Hasilnya sama. Oleh sebab nak confirm kan lagi, abi ajak ummi pergi klinik pagi ni.

result ujian kali pertama yang ummi buat (test kit ujian kedua ummi dah buang hehe)


Kami pergi ke klinik pagi tu. Abi sanggup ambil emergency leave semata-mata nak temankan ummi pergi klinik. Dekat klinik, doktor cakap kandungan ummi mungkin dah cecah hampir 6 minggu. Tapi doktor tak jalankan apa-apa ujian pun, sebab kandungan masih baru. Doktor cuma cakap tunggu beberapa minggu lagi dan buat ujian ultra sound untuk sahkan kandungan. Ummi sedikit kecewa. Doktor cuma bekalkan ummi dengan vitamin asid folic. Kata doktor asid folic penting untuk mengelak kecacatan bayi dan untuk pertumbuhan bayi daripada awal kehamilan hingga bulan keempat kehamilan.

Lepas selesai, ummi terus pergi kerja. Dekat ofis, ummi bagitau kawan2 ummi tentang berita ni.. Kawan-kawan ummi semuanya gembira dan excited sangat. Sepanjang hari ni mood ummi baik sangat, happy. Abi pun asyik tersenyum je... Mungkin teruja dgn kehadiranmu.

sebab tak yakin punya pasal, ummi buat ujian lagi keesokan harinya (just to make sure that it is confirmed!)

Bicara Hati Ummi dan Abi

Assalamualaikum anakku..

Ummi dan abi dedikasikan blog ini khas untuk anakanda yang kami kasihi...
Ikutilah perjalanan hidupmu bermula daripada rahim ummi hinggalah anakanda dilahirkan ke dunia ini... Moga dapat cerita-cerita kami ini menjadi kenangan terindah dalam hidupmu...

Sesungguhnya, ketahuilah olehmu anakanda bahawa ummi dan abi amat bersyukur kepada Allah s.w.t. di atas kehadiranmu di dalam hidup kami...

Salam kasih sayang dari kami.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...