Dedikasi istimewa untuk permata hati kami...

Monday, July 19, 2010

Rewind ~ Saat "Declare" Hingga Ke Jinjang Pelamin

Cerita disambung…
Seperti yang ummi janjikan, ummi sambung cerita macamana abi cakap abi suka kat ummi dan seterusnya membawa ke jinjang pelamin.
Setelah sebulan lebih berkawan rapat, pada satu malam 11 Januari 2004, abi ajak ummi keluar makan dan jalan-jalan. Masa ni abi dah dapat kerja dekat Kajang. Lepas Maghrib, abi jemput ummi dekat kolej. Masa ummi bukak pintu kereta abi, ummi terkejut sebab ada sejambak bunga ros merah segar atas kerusi. Ummi terus tanya abi, “bunga ni untuk siapa?” Abi tersengih-sengih. “untuk awak lah”. Hati ummi punyalah berbunga-bunga sebab first time seumur hidup dapat bunga. Tak sangka ummi, romantik jugak abi ni.

Declare…

Lepas makan-makan, kami pergi lepak ambik angin malam dekat Putrajaya. Kami berborak-borak macam-macam, pasal kerja, study dan masa depan. Masa tu lah abi cakap abi sukakan ummi dan kalau ada jodoh abi nak jadikan ummi isteri dia. Ummi tak tau nak cakap apa masa tu. Cuma ummi cakap, “takpela, kita cuba dulu, kalau ada jodoh, ada lah. Lagipun saya nak sambung belajar lagi” Abi punyalah suka sampaikan sebelum nak balik dia boleh jerit “Pak Lah, aku dah ada awek!” huhuhu… Klu anakanda nak tau, Pak Lah tu Perdana Menteri Malaysia waktu tu. Hehe mentang-mentanglah ada kat Putrajaya, ingat Pak Lah boleh dengar ke apa?... Bermula dari malam tu kami pun sah sebagai pasangan. Hehehe boleh tak ayat? Hubungan kami berlanjutan hingga lebih 3 tahun. Family ummi dan family abi pun dah tau hubungan kami. So far pada masa tu keluarga tak ada halangan. Sepanjang 3 tahun ni, kami boleh dikatakan pasangan bercinta jarak jauh. Abi masa tu dah dapat kerja lain dekat Penang. Ummi pulak masih di UPM sambung pengajian peringkat Ijazah. Jarang-jarang kami dapat jumpa. Bergaduh kemudian berbaik semula tu perkara biasa. Tapi dari hari ke hari ummi dapat rasakan yang abi memang jodoh yang telah ditentukan oleh Allah untuk ummi. Kami macam ada satu jalinan chemistry antara satu sama lain. Tiap kali ummi teringatkan abi, atau baru nak ambik telefon untuk call abi, mesti abi akan telefon ummi masa tu jugak. Pelik. Sebelum dengan abi, ummi pernah berkawan dengan orang lain. Tak pernah ummi rasa perasaan macam ni selain bersama dengan abi.

Merisik, bertunang dan menikah…
Akhirnya, semasa cuti antara semester bulan Jun 2006, family abi datang ke rumah family ummi untuk merisik. Waktu tu ummi dah nak masuk semester akhir pengajian. Lepas berbincang-bincang, kami setuju untuk bertunang lepas ummi habis belajar pada bulan November nanti. Tarikh bertunang pun dah ditetapkan – 17 Disember 2006. Alhamdulillah, rezeki ummi murah masa tu, lepas je habis belajar ummi terus ditawarkan bekerja dekat-dekat dengan kawasan rumah family ummi. Jadi, duit gaji bolehlah buat tambah-tambah untuk beli barang hantaran. Tarikh 17 Disember pun sampai. Kami ditunangkan dalam majlis yang cukup meriah dengan kaum keluarga. Ramai saudara-mara yang cakap kenduri bertunang ummi dah macam kenduri kahwin! Melalui perbincangan, tarikh nikah ummi nanti dalam cuti sekolah bulan Mei 2007. Bermakna, ummi hanya bertunang dalam masa 5 bulan aje. Ummi pun tak sangka begitu cepat. Ummi ingatkan bertunang dalam tempoh setahun, seperti kebiasaan pasangan lain. Gelabah jugak, tapi redha aje lah. Tanggal 26 Mei 2007, kami telah selamat dinikahkan oleh ayah ummi sendiri.. Keesokan hari, majlis bersanding berlangsung, diikuti kenduri di sebelah rumah famili abi di Taiping pada minggu berikutnya. Alhamdulillah. Segala yang dirancang dah jadi kenyataan. Ummi dan abi semestinya bersyukur kerana dapat menjadi pasangan suami isteri yang sah akhirnya.

4 comments:

  1. Terbaek!!!!!!!!!!!!!!hahahahah...cayalah Kak Maz n Abg Daos!!!!!

    ReplyDelete
  2. hehehe... syyyy... jgn pi cerita dgn sedara mara kite.....malu..haha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...