Dedikasi istimewa untuk permata hati kami...

Thursday, July 8, 2010

Kewujudanmu

Pagi subuh 5 Julai 2010 adalah tarikh bermakna dalam hidup ummi dan abi. Selepas ummi bangun daripada tidur, ummi lekas ke bilik mandi. Ummi nak buat ujian kehamilan dengan alat ujian yang ummi dah beli petang semalam. Ummi terkejut dan rasa tak percaya bila alat ujian tu menunjukkan positif. Bayangkan, selama 3 tahun ummi buat ujian tersebut, hasilnya asyik negatif je, tapi pagi tu ummi tak sangka keputusannya berbeza. Patutlah ummi lambat datang period bulan ni.

Ummi cepat-cepat keluar dari bilik mandi. Ummi jerit panggil abi. Abi pun sibuk tanya kenapa. Ummi terus tunjuk alat ujian kat abi. Ummi cakap "sayang pregnant!". Abi terkejut sangat, terus abi peluk ummi. Tapi ummi dan abi masih tak percaya. Selang 15 minit kemudian, ummi buat lagi ujian. Hasilnya sama. Oleh sebab nak confirm kan lagi, abi ajak ummi pergi klinik pagi ni.

result ujian kali pertama yang ummi buat (test kit ujian kedua ummi dah buang hehe)


Kami pergi ke klinik pagi tu. Abi sanggup ambil emergency leave semata-mata nak temankan ummi pergi klinik. Dekat klinik, doktor cakap kandungan ummi mungkin dah cecah hampir 6 minggu. Tapi doktor tak jalankan apa-apa ujian pun, sebab kandungan masih baru. Doktor cuma cakap tunggu beberapa minggu lagi dan buat ujian ultra sound untuk sahkan kandungan. Ummi sedikit kecewa. Doktor cuma bekalkan ummi dengan vitamin asid folic. Kata doktor asid folic penting untuk mengelak kecacatan bayi dan untuk pertumbuhan bayi daripada awal kehamilan hingga bulan keempat kehamilan.

Lepas selesai, ummi terus pergi kerja. Dekat ofis, ummi bagitau kawan2 ummi tentang berita ni.. Kawan-kawan ummi semuanya gembira dan excited sangat. Sepanjang hari ni mood ummi baik sangat, happy. Abi pun asyik tersenyum je... Mungkin teruja dgn kehadiranmu.

sebab tak yakin punya pasal, ummi buat ujian lagi keesokan harinya (just to make sure that it is confirmed!)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...