Dedikasi istimewa untuk permata hati kami...

Thursday, July 15, 2010

Detik Perkenalan Ummi dan Abi

Kali ni ummi nak cerita sikit macamana ummi boleh jumpa abi. Kisahnya berlaku waktu ummi belajar di Universiti Putra Malaysia dan menetap di Kolej Kediaman Ketujuh (sekarang namanya dah bertukar – Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah @ KOSASS).

Masa ummi junior first year dalam tahun 2001, ummi join Kelab Usahawan Pelajar 7 yang ada kat kolej ummi masa tu. Masa join kelab tu la ummi kenal dengan abi selaku senior kolej ummi dan senior kelab tu. Abi masa tu student third year fakulti Kejuruteraan. Waktu tu kami masing-masing tak ada perasaan antara satu sama lain dan ummi rasanya tak pernah terfikir yang abi akan jadi jodoh ummi. Jadi kami di waktu itu cuma sekadar tahu nama dan kenal rupa aje lah.


Sms…

Masa terus berlalu hinggalah akhir bulan Oktober 2003 ummi cuti semester. Masa ni ummi dah pun jadi student final year diploma. Abi pulak dah semester akhir. Oleh kerana boring dan nak mengisi masa lapang, ummi join trip ala-ala backpackers kat Gua Musang, Kelantan. Masa tu abi pun join sekali tau. Kami beramai-ramai naik keretapi daripada KL Sentral ke Gua Musang. Masa dalam keretapi tu ummi terima sms daripada nombor yang tak dikenali. Ummi ingat lagi ayat pertama yang keluar – “dengar cerita pergi gua musang, betul ke?’’ Oleh kerana boring dalam keretapi, ummi pun balaslah sms tu. Mungkin Tuhan gerakkan hati untuk balas sms tu jugak kot… Kejadian berbalas-balas sms berlanjutan sampai kami semua tiba di Gua Musang. Yang bestnya, ummi masih tak tau siapa yang sms ummi tu. Ummi ada tanya, tapi ‘orang’ tu pandai lari topik.

Bila tiba di Gua Musang, kami pun jalankan aktiviti-aktiviti yang dah dirancang. Abi waktu tu jadi orang kuat program jugaklah. Sepanjang 3 hari kat sana, ummi dah tak terima sms lagi dari ‘orang’ tu. Terdetik di hati ummi “macam dia tau-tau je aku busy sekarang ni . Masuk hari kedua di Gua Musang, ummi terfikir nak siasat siapa punya no. telefon tu. Kebetulan pulak ummi tidur satu khemah dengan kawan ummi yang jugak AJK program tu. Ummi pinjam telefon dia dengan alasan nak tengok-tengok no. fon dalam telefon dia. Masa tengah sibuk browsing no. fon, tiba-tiba ummi ternampak satu nombor yang memang ummi dah kenal sangat. Sah, ni nombor ‘orang’ tu! Kat skrin telefon tertera nama Paus (nama panggilan abi di kolej dulu). Ummi terkejut sangat rupanya orang yang ummi berbalas-balas sms tu adalah abi!

Lepas aje dapat tau, ummi plan nak buat-buat tak tahu. Jadi sepanjang program tu, ummi pura-pura dan buat tak tau je la bila terserempak atau berhadapan dengan abi. Hehehe…lawak betul bila dikenang balik.


Kantoi…

Bila kami balik semula KL, masing-masing bawak haluan sendiri sebab waktu tu masih lagi cuti semester. Ummi pun terus balik rumah keluarga ummi. Sehari lepas tu, ummi terima lagi sms daripada abi. Seperti biasa ummi pun balas sms dia. Tapi ummi masih tak bagitau abi lagi yang ummi dah tau yang orang tu adalah abi. Keadaan berlanjutan sampai nak dekat sebulan lebih jugak. Akhirnya, ummi dah penat nak main sembunyi-sembunyi, ummi pun terus cakap kat abi yang ummi dah tau siapa abi. Hahaha kantoi! Abi macam panik tapi dia tergelak pulak lepas tu. Ummi tanya abi macamana boleh dapat no. ummi. Abi cakap dapat dari seorang kawan kami masa tunggu keretapi dekat KL Sentral. So, bermula dari hari tu kami berkawan rapat dan cuma telefon lah penghubung kami memandangkan abi dah habis belajar dan balik kampong. Ummi pulak ada kat Selangor.

Emmm…macam tu lah kisahnya. Di hari lain ummi akan cerita pulak macamana abi bagitau ummi yang dia sukakan ummi, atau istilah budak-budak zaman ummi masa tu kata “declare”… hehe..


To be continued…

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...