Dedikasi istimewa untuk permata hati kami...

Sunday, January 6, 2013

A Journey of Rumah Pertamaku : Kami nak beli rumah!

Setelah 5 tahun lebih aku dan suami dok menyewa rumah orang lain, akhirnya kami nekad nak beli rumah sendiri. Keinginan bertambah kuat bila dah berpindah balik ke Klang.
Mulanya kami plan nak buat rumah atas tanah kami. Kawasan dekat2 dengan Bukit Kapar sanun... Tapi kerana financial problem, terpaksa kami hold dulu hajat tu. Geran tanah tu geran kongsi, so susah nak apply loan perumahan, melainkan semua penama dalam geran tu setuju nak pecah bahagian. Nak buat personal loan pulak tak termampu, sebab bukan government server... Tempoh bayar balik untuk Government server  sehingga 20 tahun, tapi tempoh bayar balik untuk kakitangan swasta cuma sekitar 5 tahun je... Kalau pinjam RM150K, tempoh bayar balik 5 tahun, berapa riban nak kena bayar bulannya... haih makan pasir la kami jawabnye...

Untungnya orang keje gomen... Rasa nyesal pulak tak apply keje gomen...haha

Akhirnya kami decide beli rumah je instead of buat rumah..

Aku dah set kan kriteria rumah yang nak dibeli tu nanti.

1. Rumah mesti grounded... tak mo la aku rumah apartment ke kondo ke... lotih nak pindah nanti.

2. Kalau boleh nak 4 biliktidur, 2 atau 3 bilik air... (kalau rumah tu ada 3 bilik pun, mesti ada sekurang2nya satu bilik/ruang untuk buat stor) 

3. Porch kereta mesti boleh muat sekurang-kurangnya 2 bijik kereta... baru cara! hihi


4. Kalau rumah 2nd hand, mesti ada sekurang2nya minor renovation macam ada plaster ceiling ka, ada kitchen kabinet ka, dapur ada extension skit ka.... (hahaha banyak songeh aku!)

5. Kalau boleh, kalau boleh la ye.... aku nak jiran2 semua orang Melayu. Serik mak dik... 5 tahun duk menyewa rumah dalam komuniti campuran... asal tiba musim raya je omak aih....
tak larat tahan telinga dengar dentum dentam bunyi meriam, mercun bagai... sampai ke pukul 1-2 pagi... ekau larat??? eden tak larat... lagi la dah ada anak kecik.  Kalau orang Melayu kita ada toleransi sikit... pukul 11-12 ke dah benti dah..

6. Dining area asing dengan living hall... bukan dalam floor plan yg sama...

Aku rasa cukupla 6 ni je dulu haha.... rasanya orang lain yang nak beli rumah pun patut consider point2 kat atas.

Maka, perjalanan mencari rumah idaman pun bermula....

Survey punya survey, jalan-jalan keluar cari rumah... malang betul kami sebab kebanyakan projek rumah baru semua dah fully booked. Call agen sana, rumah dah terjual, call agen sini kena tunggu kot2 ada pembeli yang loan kena reject! Adoiyai...

Call agen nak beli rumah 2nd hand pulak, manjang rumah dah terjual.. Agen kata memang sekarang ramai orang cari kawasan Meru especially yang kerja kat Shah Alam dan KL coz sini harga rumah masih reasonable lagi.

Akhirnya, aku tertengok iklan rumah untuk dijual kat Mudah. Terus call encik somi. then encik somi terus call agen... Malam tu jugak kami buat appointment dengan owner rumah tu nak datang tengok.

Tadaaa...


Rumah semi-D setingkat... Dekat dengan rumah parents aku. Paling best, kawasan kampung dengan kejiranan 100% Melayu. Dekat dengan Klang Sentral, TESCO, Giant, Masjid, dan kedai2 makan yang best2 haha!

Rumah kami ni takle besar sangat, tapi memadai bagi kami 3 beranak nak berteduh.
Keluasan binaan kecik je... Aku boleh kata, keluasan sama macam Apartment, tapi kami dapat rumah yang grounded dengan tanah yang luas di tepi dan belakang rumah... So kalau nak extend esok2 boleh sesangat. Sesetengah rumah keluasan memang luas, tapi binaan mati... maksudnya tak boleh nak buat extension langsung atau cuma boleh buat minor renovation je...

I don't expect much... memadai porch depan bleh muat 2-3 bijik kereta, dapur dah ada built in kitchen kabinet, ada utility room, dah cukup bagi aku. Pelan-pelan kayuh, esok2 ada rezeki lebih bleh extend kat tepi tu dan extend dapur. Tapi keseluruhannya, kami dah meet point kriteria no. 1 - 5 yang kat atas tu tadi.

Nak dapat rumah ni pun ada cabaran gak. Ini pun kami terpaksa berebut nak beli dengan another buyer. Buyer yang sorang tu siap dah bagi booking lagi, tapi tak cukup 2% dari harga rumah,and potensi dia nak dapat loan agak nipis. Agen dan tuan rumah kata, sape cepat dia dapat.

Dah rezeki kami agaknya, loan kami lepas, SPA dan loan agreement pun dah sign. Sekarang tengah tunggu lawyer nak settle kan urusan dengan owner asal. InsyaAllah dalam bulan 3 agaknya baru kami dapat duduk rumah ni...

Sekarang, aku tengah sibuk cari kain langsir baru, dah sibuk buat plan macamana nak hias rumah tu nanti... hahaha excited ke tak excited?

5 comments:

  1. wah... bestnye dah beli umah
    cantik rumah maz beli ni
    emy pun design yg mcm tu
    ada laman yg luas
    congrat dah beli rumah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mekacih emy...
      emy beli kat mana?
      ntah2 pemaju sama kot tak?

      Delete
  2. Tahniah kak dah beli rumah baru.. :)

    ReplyDelete
  3. tahniah dapat beli rumah. Kat area Klang tu, kawasan mana yang ok?
    1. yang kurang atau tiada kes jenayah dan
    2. hubungan jalan raya yang baik untuk ke KL dan Lebuh raya utara selatan.
    3. Landed juga

    ReplyDelete
  4. Terima kasih Malik

    Menjawab pertanyaan :

    1. Tiada jaminan sebenarnya untuk satu2 kawasan bebas dari jenayah... lagi2 Malaysia sekarang bukan macam dulu2. Pendapat saya, kawasan di Klang yang boleh dikatakan okey untuk didiami adalah yg letaknya di pinggr bandar contoh : Meru, Jalan Kebun, Sg Kandis. Klu di bandar kawasan gated & guarded Bndr Bukit Tinggi atau di Parklands mungkin ok juga.

    2. Bagi saya Meru adalah yg terbaik dari segi jaringan pengangkutan. Berdekatan NKVE,Elite & PLUS (melalui akses dari Setia Alam). Dan senang juga untuk ke kawasan belah2 Sg Buloh, Puncak Alam, Shah Alam 2, Subang (melalui jalan dalam). Jalan Kebun pun ok juga sebab berdekatan KESAS.

    3. Kawasan yg saya sebut di atas memang bnyk rumah landed sebab kawasan kampung/pinggir bandar. Harga rasanya untuk jangka masa panjang akan meningkat, sebab ada plan untuk buat Highway Banting-Taiping

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...