Dedikasi istimewa untuk permata hati kami...

Friday, February 11, 2011

37 Minggu dan Berjauhan dengan Abi

Minggu ni kandungan aku dah masuk minggu ke-37. Setakat entry ni ditulis, aku ada 19 hari lagi untuk menjadi seorang ummi. InsyaAllah...

Minggu ni juga adalah minggu yang agak sukar bagi aku kerana terpaksa berjauhan dengan suami. Aku kini dah pun mula bercuti dan sekarang berada di rumah mak dan ayahku di Klang. Cuti sebulan tanpa gaji... memang sengaja aku ambik sebab aku perlukan waktu untuk merehatkan diri aku ni. Sementelah kandungan pun dah masuk 9 bulan... Berada di Johor tanpa kaum keluarga dan sedara mara terdekat agak merisaukan bagi first timer macam aku ni. Jalan terbaik, pulang ke rumah orang tua lah.

Bila tak bekerja mula lah rasa boring yang amat... Nasib baik la ada lappy yang sentiasa bersama aku. Boleh juga surf internet, berfacebook dan berblogging untuk menghilangkan rasa bosan. Miss Digi aku pun banyak membantu untuk berhubung dengan abi tersayang di Johor. Insyaallah hujung minggu ni encik suamiku akan pulang menjenguk. Lagipun hari Isnin ni dia nak temankan aku pergi check up dengan my gynae.

Keadaan aku sekarang ni dah sarat sangat. Kaki membengkak, pinggang dan kawasan ari-ari dah mula rasa sakit. Kalau ikutkan aku masih ada hati lagi nak berjalan-jalan keluar, tapi mengenangkan dah tak larat, aku cuma selesa duduk di rumah je. Kadang-kadang jadi driver untuk mak aku kejap kalau dia nak bershopping dekat2 sini.

Barang-barang baby dan barang aku semua dah standby dalam beg. Tinggal tunggu hari je lagi.Tak sabar rasanya menunggu hari baby keluar. Tak sabar nak tengok muka dia... Adakah secomel aku? Hehehe....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...