Dedikasi istimewa untuk permata hati kami...

Monday, May 9, 2011

Cerita Ummi : Detik Kelahiran Faiq ( Part 2)

Sambungan dari part 1

Keesokan paginya ummi dah tak rasa sakit sangat. Sebelum masuk waktu Subuh nurse datang lagi ke bilik untuk cek bukaan pintu rahim. Baru bukak 6cm. Tanda-tanda nak bersalin macam turun darah dan air ketuban pun tak kelihatan. Nurse masukkan ubat untuk keluarkan najis. Tak sampai 3 minit terus ummi membuang...

Lepas sarapan roti bun seketul dan air milo bersama kurma 3-4 biji, ummi disuruh masuk ke labour room jam 7.30 pagi. Fuhh... berdebar-debar sangat perasaan waktu tu. Abi masuk sekali temankan. Opah dan tok dah tunggu kat luar labour room. Kat dalam tu sekali lagi nurse masukkan ubat induce melalui drip tangan. Lepas tu barulah ummi rasa the real contraction pain tu. MasyaAllah... tak tau nak cakap sakit macamana. Tuhan je la yang tau. Memang betul lah kata orang, sakit masa contraction tu lebih sakit dari sakit meneran. Masa tu lah ummi baca ayat-ayat yang ummi tau. Abi sempat bagi ummi minum air zam zam dan air akar genggam Fatimah. Dalam beberapa jam tu sakit makin lama makin kuat. Nurse 2 kali datang cek bukaan, tapi bukaan tak banyak perubahan. Naik pun cuma 1 cm je. Air ketuban pun dah dipecahkan. Sekali lagi aktiviti seluk-menyeluk berlaku hadoiii....Dalam pukul 10.00 pagi tu ummi dah tak tahan sangat, ummi panggil nurse nak mintak ubat bius sekali lagi. Nurse terus keluar nak ambik ubat bius. Tapi kemudian dia datang balik dengan Dr. Siti yang baru sampai hospital. Dr. Siti cek bukaan dah 8cm. Ummi pun dah rasa macam nak meneran sebab sakitnya rasa macam nak buang air besar. Dr. Siti terus cakap, tak payah ubat bius... terus bersalin.

Nak teran supaya Faiq keluar pun tersangatlah susah sebab tak ada pengalaman. Nurse dan Dr. ajar macamana nak meneran. Dua-dua belah kaki ummi di gantung dekat palang supaya punggung tak terangkat. Bayangkan betapa seksa dan lenguhnya kaki sementara nak meneran tu. Alhamdulillah dengan 3x teranan, Faiq pun melihat dunia. Dr. sempat letak Faiq atas dada ummi. Lega ummi bila tengok Faiq.

Episod jahit-menjahit pun bermula. Abi dah keluar bawak Faiq untuk diazankan. Sebelum jahit, Dr. Siti suntik ubat bius di peha ummi, jadi sepanjang proses jahitan ummi tak rasa sakit langsung. Cuma ada rasa sedikit ngilu je.

Selesai proses, ummi disorong balik ke bilik. Tak lama lepas tu Faiq pun dibawa ke dalam bilik. Nurse suruh susukan dengan susu badan. Sempat pulak diajar cara-cara nak menyusukan. Alhamdulillah, Faiq senang je menyusu. Ummi ditahan di wad sampai keesokan harinya. Nani dan Nana serta maksu Faiq pun datang dari Taiping nak tengok Faiq. Teruja diorang tengok wajah comel Faiq.



Itulah cerita pengalaman ummi. Terus terang ummi cakap masa lepas bersalin tu fobia nak pregnant lagi. Tapi lepas sakit dah hilang teringin pulak nak mengandung lagi. Harap-harap kalau ada rezeki mengandung lagi ummi nak anak gegirl pulak lah...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...