Dedikasi istimewa untuk permata hati kami...

Monday, May 9, 2011

Cerita Ummi : Detik Kelahiran Faiq ( Part 1)

Ermmm... tak tau macamana nak mula. Oklah... seperti yang ummi bagitau dalam entry sebelum ni, Faiq lahir seminggu lebih awal dari tarikh jangkaan. Semuanya berlaku selepas ummi pergi check-up kali terakhir di Shah Alam Specialist Hospital (SALAM) pada petang Isnin, 21 Februari 2011.

Seperti biasa, bila buat check-up, pembantu Dr. Siti (gynae ummi) buat ujian tekanan darah dan air kencing, kemudian laporan ujian diserahkan terus kepada Dr. Siti. Bila ummi masuk je ke bilik Dr. Siti, belum pun ummi duduk, Dr. Siti dah cakap tekanan darah ummi tinggi dan tak baik untuk baby dalam perut. Ummi terkejut dengar sebab tak sangka dapat darah tinggi pulak. Lepas tu Dr. Siti periksa lagi tekanan darah dan result nya sama jugak. Dr. Siti suruh baring atas katil untuk scan. Dia cakap Faiq dah engaged ke tempat sepatutnya dan water bag dah makin kurang. Seminggu sebelum tu pun Dr. dah cakap water bag memang kurang. Oleh sebab tekanan darah yang tinggi dan paras water bag yang berkurangan, Dr. Siti tak ada pilihan lain, terpaksa induce ummi... meaning that ummi kena bersalin cara paksa.

Petang tu jugak ummi daftar dan dimasukkan ke wad. Perasaan waktu tu usah cakapla... berdebar-debar dan tak bersedia langsung! Bayangkan datang sehelai sepinggang. Hari tu opah dan Paksu Faiq yang temankan ummi buat check up. Abi dah balik Johor. Bila ummi dapat tau kena admit ke wad, terus ummi bagitau opah Faiq dan telefon abi. Opah Faiq terkejut jugak masa dibagitau. Cepat-cepat opah Faiq ajak Paksu balik rumah ambik barang-barang ummi. Nasib baik barang dah di'pack' awal.

Masa daftar di kaunter, cashier tak tanya pun ummi nak bilik yang macamana. Ummi pun tak teringat nak cakap. Bila dah selesai buat deposit payment, terus nurse bawak ummi ke wad Anggerik di tingkat 2 hospital. Bila sampai je, ambik ko... diorang bagi ummi bilik sorang-sorang. Ummi ingatkan bilik share 2 orang sebilik. Tapi bila fikir-fikir balik bagus jugak dia bagi bilik single, tak kacau patient lain dan senang abi nak temankan ummi nanti.

Lepas tukar baju hospital, tak lama lepas tu dalam pukul 5.00 petang nurse datang bawak ubat kurangkan tekanan darah tinggi. Kemudian ummi dipakaikan alat CTG kat perut untuk monitor denyutan jantung Faiq. Nurse suruh rehat sebab sejam lepas tu diorang nak bagi ubat induce. Dalam masa sejam tu, ummi baring je la sebab tak boleh nak gerak bila dah dipasangkan alat tu. Boring-boring, sempatlah ummi snap gambar sekeping dua dalam keadaan baring tu.

Alat CTG

pemandangan bilik dari katil




Dalam pukul 6.00 lebih, nurse pun datang. Ummi pun dimasukkan ubat induce atau orang cakap ubat paksa bersalin. Ubat tu macam pil panadol yang dimasukkan ke dalam pintu rahim untuk mempercepatkan bukaan. Sakitnya Tuhan je lah yang tau. Bab seluk menyeluk ni memang ummi fobia. 
Dalam masa sejam lebih, ummi dah mula rasa sakit kat bahagian pinggang. Tapi tak lah sakit sangat. Just light pain gitu. Waktu tu abi pun dah sampai dari Johor. Opah dan Tok Faiq pun ada sama dengan barang-barang ummi. Ada jugakla peneman ummi dalam waktu sakit-sakit tu. Lepas Isyak, sakit makin kuat. Nurse kejap-kejap datang cek tekanan darah. Lepas makan ubat darah tinggi petang tadi tu, tekanan terus turun. Nurse tanya sakit ke tak. Ummi cakap sakit tapi masih boleh bertahan lagi. Nurse pesan, kalau sakit sangat dan nak mintak ubat bius panggil diorang. Ummi angguk jela...

Pukul 10.00 malam ummi dah tak dapat nak tahan sakit. Badan sampai menggigil-gigil menahan sakit. Opah Faiq kesian kat ummi. Berkali-kali dia suruh ummi mintak ubat bius tapi ummi sengaja lengah-lengahkan. Sebab kalau nak ubat bius, nurse kena seluk lagi untuk cek bukaan pintu rahim. Ummi sangatlah takut buat prosedur tu. Tapi oleh sebab makin lama makin sakit tak tertahan, ummi panggil jugak nurse mintak ubat bius tahan sakit. Nurse pun datang cek bukaan dah 4cm. Lepas tu  suntik dekat tulang punggung. Ummi pun dah tak ingat apa nama suntikan tu, tapi yang pasti bukan epidural.

Lepas suntik baru rasa lega sikit. Sakit tetap sakit, tapi tak lah sesakit sebelum kena suntik ubat. Nurse cakap paling lewat ummi akan bersalin esok paginya. Malam tu ummi tidur-tidur ayam je sebab nurse kejap-kejap datang bilik cek tekanan darah. Abi tidur dalam bilik wad temankan ummi. Opah dengan Tok pulak tak balik rumah malam tu. Diorang sanggup tunggu dan tidur dalam kereta sebab takut ummi bersalin awal-awal pagi. Kesian kat opah dan tok...

- cerita bersambung - 



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...