Dedikasi istimewa untuk permata hati kami...

Thursday, February 17, 2011

Khasiat Akar Fatimah

Semalam, jiran sebelah rumah mak aku yang baik hati telah memberikan Akar Fatimah yang orang dok selalu sebut bagus untuk dibuat selusuh untuk ibu-ibu yang tengah menunggu hari. Terima kasihlah acik Mah sebab sudi bagi akar tu sebab bukan mudah nak dapat benda ni. Hanya terdapat di Mekah saje. Kalau nak, kena minta tolong mana-mana jemaah yang nak pergi Mekah tolong belikan.

Macamana rupanya? Meh aku paste kan kat bawah ni...


Menurut kata acik Mah, akar Fatimah ni hendaklah direndam dalam air sehingga kembang dan diminum air rendamannya tu sewaktu dah mula rasa sakit nak bersalin. Mujarab untuk mempercepatkan bukaan pintu serviks dan seterusnya memudahkan kita untuk bersalin tanpa perlu menahan rasa sakit terlalu lama. Walaumacamanapun, kita tak bolehlah terlalu taksub sangat dengan khasiat akar ni takut jatuh khurafat/syirik pulak kan. Anggap je ianya sebagai satu ikhtiar untuk memudahkan bersalin. Rasa sakit dan lama masa sakit nak bersalin tu semuanya Allah jua yang tentukan.

Akar ni boleh digunakan balik untuk bersalin anak-anak yang seterusnya sebab no expiry date. Lepas dah guna, boleh jemur akar ni supaya kering balik dan simpan dalam bekas yang kering dan bertutup. Tahan bertahun-tahun.

Me, personally belum try minum lagi sebab rasa belum lagi nak bersalin. My mom dah sibuk suruh minum dari sekarang tapi aku tak berani la. Aku try google kat internet pasal pengalaman orang yang pernah minum air akar Fatimah ni, rata-rata cakap kena tunggu waktu dah rasa sakit baru leh minum. Kalau tak, nanti lagi susah nak bersalin.

So kawan-kawan yang ada pengalaman minum air akar Fatimah ni, sudi-sudikanlah share pengalaman korang dalam comment box saya ye. Nak jugak tau.

Oh ye, semalam my FIL (father-in-law) pesan suruh baca jugak Ayat 21-24 daripada Surat Al-Hasyr seberapa kerap yang boleh dan sapu kat perut. Ayat ni jugak bertindak sebagai selusuh atau memudahkan untuk bersalin nanti. Selain itu, kena rajin jugak ucapkan Doa Nabi Yunus semasa terperangkap dalam perut ikan Nun. Ayat untuk melepaskan diri daripada kesusahan : "LA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINAZZHOLIMIIN"

Semoga entry kali ni dapat memberikan sedikit info untuk bakal-bakal ibu di luar sana. Sharing is caring kan.... :)

11 comments:

  1. hai.. btl2..insyaallah mujarab minum air rendaman ni.. myself start minum air rendaman ni kul 8mlm masa tu baru terbkk 3cm.. alhamdulillah kul 1 lebih pagi dah bersalin..

    ReplyDelete
  2. Tengah menunggu ye.. akk dah selamat :)

    Masa anak 1st ada jugak amalkan air akar siti fatimah ni.. start 7 bulan sampai beranak..

    rasanya air yg kena minum dekat2 nak bersalin tu.. air selusuh.. bukan air ni..

    Masa anak kedua.. sebab banyak sangat masalah, lansung lupa nak amalkan air ni..

    ReplyDelete
  3. Terima kasih pada Me,Myself & I dan I want to lose weight di atas komen anda ye...

    Itula, kebanyakan orang bagi komen yg bagus ttg akar fatimah ni. Tapi baru jap tadi adik ipar sy komen dalam facebook sy, dia actually bakal doktor la. Dia cerita, hari tu kat wad hospital tempat dia praktikal, ada staffnurse marah patient sebab ambik air ni. Adik ipar sy suruh dptkan nasihat doktor dulu ape pun sebelum minum. Tapi kebanyakan pengamal perubatan moden ni tak galakkan ambik la...

    Saya pun dok seriau jugak... tu ingat nak tanya gynae masa cek up next week nanti. Nak mintak pndpt dr. dulu...

    ReplyDelete
  4. ada kawan eti minum, time tu da 39weeks gitu la. tp tak rs sakit lg. disababkn dia da geram sbb x sakit2 lg, dia minum trus 1 jug mlm tu. nk ditakdirkn, esok pg tu kuar tanda...then masuk spital...pastu dlm tghari bsalin... ;)

    ReplyDelete
  5. Saya dah practice minum akar Siti Fatimah nie sejak anak ke-3 -thn 2004 hinggalah skg..18hb Mac 2011 baru melahirkan anak ke-5..Alhamdulillah rasa sakit nak bersalin tu tak berapa sgtlah...masa bersalin pun senang..dan yg paling ok xkena sebarang jahitan w'pun anak agak berat&besar...kuasa Allah jua..yg last nie beratnya 4.192kg..awal 1 minggu dr due datenye..mula sakit pkl 2pm(buka 2cm),bersalin pkl 4.09pm..xperlu push lama2..xsmp 4kali pun, baby dah keluar..Insyallah kita ikhtiar apa yg sepatutnya..

    ReplyDelete
  6. Dr.Hamid Arshad pun ada sebut pasal akar ni dalam video dia.Boleh cari kat youtube video tu.Menurut beliau, bulan-bulan terakhir boleh amalkan minum.Orang-orang arab pun minum air ni.Tapi janganlah se-jug macam kawan kita kat atas tu.Saya pun pernah minum masa anak sulung.masa tu minum dah dekat-dekat nak bersalin....nak kata bukaan cepat,ye jugak kot sebab taklah sampai 10jam(org kata sulung lama).nak kata sakit,mmglah sakit..dah nama pun bersalin....tapi utk anak ke-3, saya nak follow advise Dr.Hamid Arshad tu...wait till Nov 2011 lak.

    ReplyDelete
  7. salam.mcm mana saya nk dpt kan akr fatimah ni ye.

    ReplyDelete
  8. Terima kasih Pn Mardhiah atas perkongsian..

    Thanks juga tinggalkan no fon.. Mungkin berguna untuk viewer2 kita di luar sana

    ReplyDelete
  9. Salam.. Sy skrng msuk 37mggu.Agk2 leh x kalo rendam skrng and mnum.Sbb ade kencing manis.Kalo tme edd x bersalin jgk kne induce.Org kt lg sakit dr biasa. Tlg =(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak digalakkan minum awal.

      Doktor dan nurse tak bagi punye... tapi ada jugak mummy lain yang berani minum lebih awal. Macam kata pn Mardhiah kat atas tu, tunggu turun tanda atau dah start contraction baru minum.

      Delete
  10. ISalam.. Hari Rabu minggu lepas i dapat tau yg cervix i dah terbuka 3cm. Masa tu i baru minggu ke 35,4 hari. Ini anak ke-3 i jadi doktor cadangkan supaya i ambil suntikan dexamethasone utk mematangkan paru-paru baby in case pre-term labor so pagi Khamis i ambil suntikan pertama at 8.30am. Tengah hari tu i rasa so much pain di bahagian bawah i sampai jalan pun tak boleh di ikuti dengan mild contraction so after sometime I dengan husband pun ran to labor room. Doktor dapati i dah 4-5cm dilated so they kept me at labor room untuk ctg monitor. Di sebabkan i baru 35 weeks 5 days, doktor suggested yg i perlu ambil orange pill untuk berhentikan contraction for a while sementara tunggu effect dari dexamethasone tu berjalan. First diorang bagi i the pill once every 15mins sebanyak 3 pills, after that one more waktu malam. At the same time i ambil last injection pada pukul 8.30mlm. Contraction i kept coming on and off but I just kena stay in bed under ctg monitor. At 2am the pain got stronger so nurse datang bagi lagi i one more pill, after that dari pukul 4am sampai 6am i terus tertidur. Di sebabkan tak de progress pada cervix i, i minta pindah ke wad so i boleh go urin my own, i tak nak kena ikat lagi dgn ctg... Hari jumaat diorang force i untuk ambil 2 lagi pill supaya kesan dari second injection berhasil. 6 hari i di wad, contraction i datang dan pergi dan ahad lepas i dah mula turun tanda darah little by little. Cervix i tetap sama 4-5cm open so last Tuesday i minta balik rumah. Di rumah contraction tetap sama on and off 10 - 20mins distance for 3 - 4 hours and then hilang macam tu je untuk beberapa jam then datang lagi. Discharge pun makin increase tapi air ketuban masih belum pecah. Semalam kawan i recommend minum akar fatimah. Hari ni i baru minggu 36,6 hari dan esok i genap minggu 37. Soalannya adakah tanda-tanda yg i ada sekarang membolehkan i mula amalkan akar fatimah tu? Doktor mencadangkan untuk induced labor hari Isnin depan dan sebolehnya i tak nak kena induce. Size baby i pun besar kali ni berbanding abang-abang dia dan i generally memang kecil. Hope someone can help.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...