Dedikasi istimewa untuk permata hati kami...

Monday, February 14, 2011

Bagaimana Memastikan Waktu Bersalin Sudah Tiba?

Pada 1872, seorang pakar obstektrik bernama Dr. John Braxton Hick telah menggambarkan 'kontraksi palsu' yang berlaku sebelum seseorang wanita benar-benar telah tiba waktu bersalin. Menerusi kaedah kontraksi BRAXTON HICKS anda boleh mengetahui samada ia benar atau palsu!

1. Masa
  • KONTRAKSI SEBENAR --> Tetap, berjarak 5-10 minit, bertambah kerap 30-70 saat lamanya dan tidak berhenti.
  • KONTRAKSI BRAXTON HICKS --> Tidak tetap, kekerapan yang sama, kurang dari 30 saat dan jangkamasa tak konsisten serta sakit semakin perlahan atau hilang terus.

2. Kekuatan
  • KONTRAKSI SEBENAR --> Semakin lama, semakin bertambah.
  • KONTRAKSI BRAXTON HICKS --> Selalunya lemah, atau kuat disusuli beberapa kontraksi lemah. Kekuatan sakit tidak semakin bertambah.

3. Perubahan Posisi
  • KONTRAKSI SEBENAR --> Terus bertambah walaupun posisi berubah.
  • KONTRAKSI BRAXTON HICKS --> Semakin perlahan atau hilang apabila anda mengubah posisi badan.

4. Sakit
  • KONTRAKSI SEBENAR --> Mungkin bermula di bahagian belakang (kawasan pinggang belakang), kemudiannya ke bahagian depan (perut).
  • KONTRAKSI BRAXTON HICKS --> Depan sahaja.


Artikel oleh : Rahaiza Ismail (Majalah Keluarga Harmoni)
Sumber : Laman web Positive Parenting

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...