Hari ni genap usia Faiq 5 bulan. Badan makin gedebok, kuat minum susu. Mungkin Tuhan perkenan hajat ummi masa mengandung dulu. Dulu ummi nak anak yang badan sedap-sedap. Buka ape...sedap dipegang, didukung... takdela risau je nak pegang. Now Faiq bukan sahaja semangat badannya, malah berketu-ketul...pejal.
Faiq baru je baik dari demam panas minggu lepas. Cuma sekarang tinggal batuk-batuk je. Kesian tengok dia masa demam hari tu. Suara memang tak ada langsung. Batuk terkokol-kokol. Minum susu pun tak mau. Kalau bancuh, tak pernah habis. Semalam bawak dia pergi cucuk dan timbang. Berat badan naik sikit je. Dari 6.4kg bulan lepas ke 6.55 kg. Mungkin kesan demam hari tu effect pada berat badan dia.
Faiq dah makin bijak sekarang. Sentiasa ketawa bila diagah. Kadang-kadang kalau tak agah dia pun dia ketawa sorang-sorang. Peramah pulak tu. Asyik nak ajak orang sembang je. Faiq dah boleh meniarap dah tapi jarang-jarang sangat. Malas sikit budak ni. Mungkin sebab dia tak selesa nak carry badan dia yang gedebok tu. Kalau dia mengiring nak meniarap tu payah sangat rupanya. Nak ditolong tak boleh. Orang-orang tua cakap jangan ditolong, nanti esok dah besar asyik nak bergantung pada orang lain je. Tak mau usaha sendiri.
Tak apalah.... malas meniarap pun malas la. Janji anak ummi sihat dan ceria.... :)
Ni gambar masa tengah demam. Meleleh je hingus dia. Baru lepas kena lap badan dia tu yang butang baju terbukak. Demam-demam pun Faiq cenyum jugak.... oh ni yang ummi makin sayang ni...
No comments:
Post a Comment