Dedikasi istimewa untuk permata hati kami...

Wednesday, July 21, 2010

Checkup Kali Ke-2

Minggu ni ummi dah masuk minggu kelapan kehamilan. Semalam ummi dan abi ke Perdana Specialist Maternity Centre di Skudai, Johor. Ummi nak buat check up. Dekat klinik, doktor scan perut ummi. Alhamdulillah, dah nampak baby dalam rahim dan paling penting doktor kata kedudukannya ada dalam rahim... Lega hati ummi dan abi mendengar...

Sebelum ni kami risau kalau-kalau ummi mengandung di luar rahim, sebab masa minggu keenam kehamilan ummi selalu rasa sakit macam senggugut. Bila buat check up kali pertama, doktor tak dapat kesan baby dalam perut. Macam-macam kami fikir, tapi dalam hati kami cuba bertenang dan berfikiran positif... Ummi juga tak putus-putus berdoa pada Allah s.w.t. agar kehamilan ummi ni dipermudahkan dan baby selamat.

Lepas ni ummi kena tunggu lebih kurang 4 minggu lagi untuk check up kali ke-3. Masa tu nanti kandungan ummi dah masuk 3 bulan. InsyaAllah...

Monday, July 19, 2010

Rewind ~ Saat "Declare" Hingga Ke Jinjang Pelamin

Cerita disambung…
Seperti yang ummi janjikan, ummi sambung cerita macamana abi cakap abi suka kat ummi dan seterusnya membawa ke jinjang pelamin.
Setelah sebulan lebih berkawan rapat, pada satu malam 11 Januari 2004, abi ajak ummi keluar makan dan jalan-jalan. Masa ni abi dah dapat kerja dekat Kajang. Lepas Maghrib, abi jemput ummi dekat kolej. Masa ummi bukak pintu kereta abi, ummi terkejut sebab ada sejambak bunga ros merah segar atas kerusi. Ummi terus tanya abi, “bunga ni untuk siapa?” Abi tersengih-sengih. “untuk awak lah”. Hati ummi punyalah berbunga-bunga sebab first time seumur hidup dapat bunga. Tak sangka ummi, romantik jugak abi ni.

Declare…

Lepas makan-makan, kami pergi lepak ambik angin malam dekat Putrajaya. Kami berborak-borak macam-macam, pasal kerja, study dan masa depan. Masa tu lah abi cakap abi sukakan ummi dan kalau ada jodoh abi nak jadikan ummi isteri dia. Ummi tak tau nak cakap apa masa tu. Cuma ummi cakap, “takpela, kita cuba dulu, kalau ada jodoh, ada lah. Lagipun saya nak sambung belajar lagi” Abi punyalah suka sampaikan sebelum nak balik dia boleh jerit “Pak Lah, aku dah ada awek!” huhuhu… Klu anakanda nak tau, Pak Lah tu Perdana Menteri Malaysia waktu tu. Hehe mentang-mentanglah ada kat Putrajaya, ingat Pak Lah boleh dengar ke apa?... Bermula dari malam tu kami pun sah sebagai pasangan. Hehehe boleh tak ayat? Hubungan kami berlanjutan hingga lebih 3 tahun. Family ummi dan family abi pun dah tau hubungan kami. So far pada masa tu keluarga tak ada halangan. Sepanjang 3 tahun ni, kami boleh dikatakan pasangan bercinta jarak jauh. Abi masa tu dah dapat kerja lain dekat Penang. Ummi pulak masih di UPM sambung pengajian peringkat Ijazah. Jarang-jarang kami dapat jumpa. Bergaduh kemudian berbaik semula tu perkara biasa. Tapi dari hari ke hari ummi dapat rasakan yang abi memang jodoh yang telah ditentukan oleh Allah untuk ummi. Kami macam ada satu jalinan chemistry antara satu sama lain. Tiap kali ummi teringatkan abi, atau baru nak ambik telefon untuk call abi, mesti abi akan telefon ummi masa tu jugak. Pelik. Sebelum dengan abi, ummi pernah berkawan dengan orang lain. Tak pernah ummi rasa perasaan macam ni selain bersama dengan abi.

Merisik, bertunang dan menikah…
Akhirnya, semasa cuti antara semester bulan Jun 2006, family abi datang ke rumah family ummi untuk merisik. Waktu tu ummi dah nak masuk semester akhir pengajian. Lepas berbincang-bincang, kami setuju untuk bertunang lepas ummi habis belajar pada bulan November nanti. Tarikh bertunang pun dah ditetapkan – 17 Disember 2006. Alhamdulillah, rezeki ummi murah masa tu, lepas je habis belajar ummi terus ditawarkan bekerja dekat-dekat dengan kawasan rumah family ummi. Jadi, duit gaji bolehlah buat tambah-tambah untuk beli barang hantaran. Tarikh 17 Disember pun sampai. Kami ditunangkan dalam majlis yang cukup meriah dengan kaum keluarga. Ramai saudara-mara yang cakap kenduri bertunang ummi dah macam kenduri kahwin! Melalui perbincangan, tarikh nikah ummi nanti dalam cuti sekolah bulan Mei 2007. Bermakna, ummi hanya bertunang dalam masa 5 bulan aje. Ummi pun tak sangka begitu cepat. Ummi ingatkan bertunang dalam tempoh setahun, seperti kebiasaan pasangan lain. Gelabah jugak, tapi redha aje lah. Tanggal 26 Mei 2007, kami telah selamat dinikahkan oleh ayah ummi sendiri.. Keesokan hari, majlis bersanding berlangsung, diikuti kenduri di sebelah rumah famili abi di Taiping pada minggu berikutnya. Alhamdulillah. Segala yang dirancang dah jadi kenyataan. Ummi dan abi semestinya bersyukur kerana dapat menjadi pasangan suami isteri yang sah akhirnya.

Thursday, July 15, 2010

Detik Perkenalan Ummi dan Abi

Kali ni ummi nak cerita sikit macamana ummi boleh jumpa abi. Kisahnya berlaku waktu ummi belajar di Universiti Putra Malaysia dan menetap di Kolej Kediaman Ketujuh (sekarang namanya dah bertukar – Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah @ KOSASS).

Masa ummi junior first year dalam tahun 2001, ummi join Kelab Usahawan Pelajar 7 yang ada kat kolej ummi masa tu. Masa join kelab tu la ummi kenal dengan abi selaku senior kolej ummi dan senior kelab tu. Abi masa tu student third year fakulti Kejuruteraan. Waktu tu kami masing-masing tak ada perasaan antara satu sama lain dan ummi rasanya tak pernah terfikir yang abi akan jadi jodoh ummi. Jadi kami di waktu itu cuma sekadar tahu nama dan kenal rupa aje lah.


Sms…

Masa terus berlalu hinggalah akhir bulan Oktober 2003 ummi cuti semester. Masa ni ummi dah pun jadi student final year diploma. Abi pulak dah semester akhir. Oleh kerana boring dan nak mengisi masa lapang, ummi join trip ala-ala backpackers kat Gua Musang, Kelantan. Masa tu abi pun join sekali tau. Kami beramai-ramai naik keretapi daripada KL Sentral ke Gua Musang. Masa dalam keretapi tu ummi terima sms daripada nombor yang tak dikenali. Ummi ingat lagi ayat pertama yang keluar – “dengar cerita pergi gua musang, betul ke?’’ Oleh kerana boring dalam keretapi, ummi pun balaslah sms tu. Mungkin Tuhan gerakkan hati untuk balas sms tu jugak kot… Kejadian berbalas-balas sms berlanjutan sampai kami semua tiba di Gua Musang. Yang bestnya, ummi masih tak tau siapa yang sms ummi tu. Ummi ada tanya, tapi ‘orang’ tu pandai lari topik.

Bila tiba di Gua Musang, kami pun jalankan aktiviti-aktiviti yang dah dirancang. Abi waktu tu jadi orang kuat program jugaklah. Sepanjang 3 hari kat sana, ummi dah tak terima sms lagi dari ‘orang’ tu. Terdetik di hati ummi “macam dia tau-tau je aku busy sekarang ni . Masuk hari kedua di Gua Musang, ummi terfikir nak siasat siapa punya no. telefon tu. Kebetulan pulak ummi tidur satu khemah dengan kawan ummi yang jugak AJK program tu. Ummi pinjam telefon dia dengan alasan nak tengok-tengok no. fon dalam telefon dia. Masa tengah sibuk browsing no. fon, tiba-tiba ummi ternampak satu nombor yang memang ummi dah kenal sangat. Sah, ni nombor ‘orang’ tu! Kat skrin telefon tertera nama Paus (nama panggilan abi di kolej dulu). Ummi terkejut sangat rupanya orang yang ummi berbalas-balas sms tu adalah abi!

Lepas aje dapat tau, ummi plan nak buat-buat tak tahu. Jadi sepanjang program tu, ummi pura-pura dan buat tak tau je la bila terserempak atau berhadapan dengan abi. Hehehe…lawak betul bila dikenang balik.


Kantoi…

Bila kami balik semula KL, masing-masing bawak haluan sendiri sebab waktu tu masih lagi cuti semester. Ummi pun terus balik rumah keluarga ummi. Sehari lepas tu, ummi terima lagi sms daripada abi. Seperti biasa ummi pun balas sms dia. Tapi ummi masih tak bagitau abi lagi yang ummi dah tau yang orang tu adalah abi. Keadaan berlanjutan sampai nak dekat sebulan lebih jugak. Akhirnya, ummi dah penat nak main sembunyi-sembunyi, ummi pun terus cakap kat abi yang ummi dah tau siapa abi. Hahaha kantoi! Abi macam panik tapi dia tergelak pulak lepas tu. Ummi tanya abi macamana boleh dapat no. ummi. Abi cakap dapat dari seorang kawan kami masa tunggu keretapi dekat KL Sentral. So, bermula dari hari tu kami berkawan rapat dan cuma telefon lah penghubung kami memandangkan abi dah habis belajar dan balik kampong. Ummi pulak ada kat Selangor.

Emmm…macam tu lah kisahnya. Di hari lain ummi akan cerita pulak macamana abi bagitau ummi yang dia sukakan ummi, atau istilah budak-budak zaman ummi masa tu kata “declare”… hehe..


To be continued…

Wednesday, July 14, 2010

Muntah - muntah

Pagi Ahad lepas ummi muntah-muntah. Mungkin sebab loya minum susu. Habis semua sarapan yang ummi makan pagi tu keluar. Mujurlah sepanjang hari tu sekali tu je ummi muntah teruk. Lepas tu dah tak lagi. Cuma loya-loya masih tak hilang.

Macam ni rupanya rasa orang mengandung loya-loya ye.. Harap-harap hari-hari selepas ni ummi tak muntah teruk lagi..

Saturday, July 10, 2010

Sakit

Sepanjang minggu ni ummi dapat rasa kelainan dalam diri ummi. Kadang-kadang ummi rasa sakit di bawah perut, tapi mujurlah sakit tu datang kadang-kadang je dan sekali lalu.. kalau bangun tidur pagi ummi susah nak kencing (kencing tak lawas), angin pulak banyak yang keluar, paling ketara ummi cepat lapar dan penat.

Ummi dah tak boleh diet sangat seperti sebelum ummi mengandung. Sekarang ummi dah kena fikir tentang baby. Kena makan bila rasa lapar. Kalau dulu, bila ummi lapar je ummi tahan sampai ummi rasa boleh tahan. Sepanjang minggu ni, ummi dah mula minum susu untuk ibu-ibu mengandung. Dua kali sehari - pagi dan malam. Hari pertama dan kedua, ummi masih boleh telan lagi susu ni, tapi hari seterusnya ummi dah rasa loya dan tak mau minum susu. Tapi ummi kena teruskan jugak. Peliknya ummi hanya rasa nak muntah bila minum susu pada waktu pagi je. Ummi cakap pada diri ummi, "aku ada 8 bulan lagi nak harungi, suka ke tak suka ke wajib minum susu demi baby".

Abi banyak bagi sokongan kepada ummi. Abi belikan ummi kurma, apa yang ummi nak makan abi pergi cari dan belikan. Hujung minggu ni, ummi dan abi nak pergi cari kismis, kurma dan badam. Semua makanan ni elok untuk perkembangan baby dalam perut.

Ermm.. harap-harap minggu-minggu seterusnya kesihatan ummi baik dan dijauhkan dari simptom-simptom 'morning sickness' dan sakit-sakit lain.. Amin..

Thursday, July 8, 2010

Kewujudanmu

Pagi subuh 5 Julai 2010 adalah tarikh bermakna dalam hidup ummi dan abi. Selepas ummi bangun daripada tidur, ummi lekas ke bilik mandi. Ummi nak buat ujian kehamilan dengan alat ujian yang ummi dah beli petang semalam. Ummi terkejut dan rasa tak percaya bila alat ujian tu menunjukkan positif. Bayangkan, selama 3 tahun ummi buat ujian tersebut, hasilnya asyik negatif je, tapi pagi tu ummi tak sangka keputusannya berbeza. Patutlah ummi lambat datang period bulan ni.

Ummi cepat-cepat keluar dari bilik mandi. Ummi jerit panggil abi. Abi pun sibuk tanya kenapa. Ummi terus tunjuk alat ujian kat abi. Ummi cakap "sayang pregnant!". Abi terkejut sangat, terus abi peluk ummi. Tapi ummi dan abi masih tak percaya. Selang 15 minit kemudian, ummi buat lagi ujian. Hasilnya sama. Oleh sebab nak confirm kan lagi, abi ajak ummi pergi klinik pagi ni.

result ujian kali pertama yang ummi buat (test kit ujian kedua ummi dah buang hehe)


Kami pergi ke klinik pagi tu. Abi sanggup ambil emergency leave semata-mata nak temankan ummi pergi klinik. Dekat klinik, doktor cakap kandungan ummi mungkin dah cecah hampir 6 minggu. Tapi doktor tak jalankan apa-apa ujian pun, sebab kandungan masih baru. Doktor cuma cakap tunggu beberapa minggu lagi dan buat ujian ultra sound untuk sahkan kandungan. Ummi sedikit kecewa. Doktor cuma bekalkan ummi dengan vitamin asid folic. Kata doktor asid folic penting untuk mengelak kecacatan bayi dan untuk pertumbuhan bayi daripada awal kehamilan hingga bulan keempat kehamilan.

Lepas selesai, ummi terus pergi kerja. Dekat ofis, ummi bagitau kawan2 ummi tentang berita ni.. Kawan-kawan ummi semuanya gembira dan excited sangat. Sepanjang hari ni mood ummi baik sangat, happy. Abi pun asyik tersenyum je... Mungkin teruja dgn kehadiranmu.

sebab tak yakin punya pasal, ummi buat ujian lagi keesokan harinya (just to make sure that it is confirmed!)

Bicara Hati Ummi dan Abi

Assalamualaikum anakku..

Ummi dan abi dedikasikan blog ini khas untuk anakanda yang kami kasihi...
Ikutilah perjalanan hidupmu bermula daripada rahim ummi hinggalah anakanda dilahirkan ke dunia ini... Moga dapat cerita-cerita kami ini menjadi kenangan terindah dalam hidupmu...

Sesungguhnya, ketahuilah olehmu anakanda bahawa ummi dan abi amat bersyukur kepada Allah s.w.t. di atas kehadiranmu di dalam hidup kami...

Salam kasih sayang dari kami.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...