Dedikasi istimewa untuk permata hati kami...

Wednesday, May 25, 2011

My Stage Collection

Alkisahnya last week masa tengah blogwalking, terbaca la pulak entry blogger sorang ni pasal produk Stage makeup.  Barulah ummi tau yang sekarang ni Stage Cosmetics tengah buat clearance sale. Diorang nak clear kan stok sedia ada, nak tukar packaging baru katanya. Kalau tak silap diorang start promo dari bulan Februari hari tu dan bakal habis pada 4 Jun ni... 

Clearance bukan sebarang clearance, memang kaw-kaw punya clearance... harga sampai drop ke RM12/pc. Tapi untuk certain produk ajela... So, ummi pun pergi la outlet Stage nak tengok betul ke idak. Bila dah pergi, memang terbang duit la jawabnya. Kalau nak diikutkan, ummi bukanlah pemekap tegar, sekali sekala mekap tu biasala. So, barang mekap ummi banyaknya dari jenama biasa-biasa je seperti yang terdapat kat Watson dan Guardian... Tak kuasala nak keluar duit beli barang mekap mahal-mahal untuk kegunaan harian kan... Cepat habis, sayang duit...Beli murah-murah sudehhh...Tapi bila tengok harga clearance Stage ni memang betul-betul irresistible la.

Tu pun ummi tak borong habis, sebab banyak yang dah takde stok. Maklumla dah terlambat tahu. Apa pun sempat la grab beberapa item basic yang memang ummi guna bila bermekap.. Antaranya

mono eyeshadows dan prime time eye base... eyeshadow hijau tu serius cantekk! 

foundation dan concealer

lipsticks, lipgloss dan lipliner

Dalam banyak-banyak tu, ummi paling suke ngan Wonderlux satin matte lipstick kaler pink tu (Code: Lush lotus)... kaler cantik sangat. Walaupun matte, dia tak keringkan bibir...and satu lagi item of course eyeshadow green tu (Code: Envy me)...

Bukan senang tau diorang nak buat celarance cam ni... Apa lagi uols, pergila dapatkan satu... Kalau uols bukan jenis pemekap pun, at least mesti ada satu lipstick atau lipgloss dalam simpanan tau...basic item tu. Emmm rasa macam nak pergi beli lagi je... 

*** bila la MAC or Bobbi Brown nak buat sale cenggini lak....  


Faiq Dah 3 bulan!

Sedar tak sedar Faiq dah masuk 3 bulan pada 22 Mei yg lepas. Kejap je rasa masa berlalu... Daripada sekecik badan sampai la ni dah berketul-ketul lengan dia...ooohhh ni yang buat ummi geremm...

Semalam bawak Faiq pergi cucuk kat klinik... Ni first time bawak Faiq ke klinik Senai, sebelum ni masa pantang hari tu bawak ke klinik Meru, Klang aje...Masa nak pergi Faiq sedap lena di pangkuan, bila dah sampai klinik dia terjaga. Tersengih-sengih dia siap nak ajak ummi borak masa tengah tunggu turn tu... Dah 15 minit berlalu, mulalah dia merengek-rengek tahap gear 1... rimas kot agaknya (klinik takdak aircond) plus nak tido balik...lama-kelamaan daripada rengekan terus jadi jeritan sampai satu klinik dengar suara dia... mak oiii...ummi dan abi malu betul dibuatnya...semua orang dok pandang-pandang...

Oleh sebab Faiq tak leh nak kontrol jeritan dia, nurse pun tanya berapa no. giliran... 1025 jawab ummi. Terus dia panggil masuk bilik timbang. Timbang-timbang berat naik ke 5.95kg. Dalam bilik timbang tu si Faiq yang bijak terus diam... syok la tu bilik tu sejuk beraircond... Nurse siap cakap lagi, ooo apasal diam, saje ye nak giliran cepat... Lepas timbang, keluar balik...kena tunggu dalam 10 minit untuk cucuk... sekali lagi Faiq merengek...Terpaksalah ummi bangun berdiri dan  bawak dia jalan-jalan.

Masa cucuk nangis lagi...tapi sekejap aje...keluar dari bilik cucuk terus diam... Dalam perjalanan balik terlelap dia dalam pangkuan ummi.... Kesian Faiq... bulan depan nak cek up lagi jangan jerit-jerit lagi tau sayang....huhuhu...


Saturday, May 14, 2011

Dalam Kemelut...


Baru seminggu lebih bekerja, production susu makin merudum. Hati risau, dihimpit rasa bersalah pada Faiq.
Kesian Faiq...

Masa berpantang dulu, 2 botol susu boleh dapat untuk setiap kali sesi perahan. Tapi sekarang ni, nak dapat sebotol penuh pun susah. Mujur aku dah ajar Faiq minum susu formula. Taklah dia terkejut sangat.


Macamana nak kasi boost production susu eh? Semalam google, macam-macam pil supplement aku jumpa. Tapi was-was nak cuba. Takut effect pada Faiq pulak nanti. Kawan-kawan ada idea? Share sikit boleh?...

Tuesday, May 10, 2011

Special Request Entry : Faiq's Gadget

Harap pembaca jangan salah faham dengan entry kali ni. Bukan niat nak menunjuk-nunjuk. Dah namanya special request daripada teman-teman sepejabat ummi, so ummi nak cerita sikit barang-barang atau gadget yang ummi beli khas untuk faiq. 

Item #1 : Botol susu


Botol susu Tommee Tippee ni ummi beli selepas terpengaruh dengan fungsinya melalui satu online shop barangan baby. Kalau nak tau botol susu ni best selling feeding bottle dekat US dan UK sebab ciri-cirinya yang sangat natural. Apa yang natural? Cuba perhatikan bentuk botol dan puting dia. Macam payudara asli kan? So, baby yang menggunakan botol susu ni takkan mengalami masalah keliru puting. Selain ianya bebas Bisphenol-A (bahan kimia berbahaya yang selalu digunakan untuk membuat botol susu), botol susu ni membantu ibu-ibu yang nak combine penyusuan daripada botol dan payudara. Harga pun murah sikit dari botol susu yang popular tu - PHILLIPS AVENT.

Item #2 : Puting kosong


Pada mulanya niat di hati tak nak bagi Faiq guna puting sebab terpengaruh dengan cakap-cakap orang kalau pakai puting gigi jongang. Tapi bila Faiq kuat menangis dan merengek, terpaksalah ummi google mencari pacifier jenis apa yang bagus untuk baby. Sampailah ummi ternampak puting dari jenama MAM ni. Puting ni telah direkabentuk dan sangat disyorkan oleh dentist sebab dia bukan puting biasa. Dia adalah orthodontic pacifier. Bila pakai puting ni dia takkan buat gigi jongang atau bagi kesan kepada rahang sebab bentuknya leper. Harga untuk set 2 unit puting ni ummi beli dengan harga RM30++. Kalau ada sale, boleh dapat dalam RM20++.

Item #3 : Set Bottle Sterilizer + Warmer
Sterilizer - RM119.00

Warmer - RM 79.90

Set Sterilizer + warmer - RM198.90 (after less RM120++)

Set jenama Jingle Jungle ni ummi beli masa ada sale di outlet Fabulous Mom Skudai, Johor. Frankly speaking, bila dan experience mengguna set ni, rasanya bottle warmer tu lebih berguna daripada sterilizer sebab ummi akan gunakan warmer tu setiap kali nak panaskan susu dalam botol. Sterilizer tu tak berguna sangat kalau setakat nak steril kan satu dua botol atau puting. Yang tu boleh rendam terus je dalam air panas. Tapi kalau nak steril botol yang banyak, sterilizer ni membantu la. Yang bottle warmer tu ummi siap beli seunit lagi kemudiannya untuk dibagi pada pengasuh Faiq. Rasanya mesti warmer tu helps her a lot sebab tak payah la dia nak jerang air panas setiap kali nak panaskan susu Faiq kan. Just pasang suis, letak air, pastu terus letak botol dalam tu. Dia akan keep warm susu selama mana botol tu terletak dalam warmer tu. Senang kan? 

Item #4 : Set Breast Pump

Set breast pump jenama Spectra3 ni pun ummi beli waktu sale. Harga asal set RM388.00. Selepas less RM328.00. Agak mahal, tapi ummi fikir takpela invest sikit duit untuk pump yang bagus kan. Gambar di atas tu terselit pulak pump manual jenama Safety Plus. Asalnya waktu mengandung dulu ummi beli set Safety Plus tu dulu. Tapi bila dah bersalin dan dah experience mengepam cara manual, ayoyo tersangatla penat dan time consuming. Tu yang ummi terpaksa cari pump elektrik sebab nanti nak bawak pergi ofis senang. Tak curi banyak waktu bekerja kan. Untuk pengetahuan, breast pump yang popular dalam pasaran Malaysia adalah dari jenama Medela dan Spectra. Ada macam-macam model, bergantunglah pada bajet dan kemampuan uols la kan... Bagi ummi, set ini je yang ummi mampu beli.

Item #5 : Termometer

Termometer pun gadget penting jugak untuk monitor suhu badan baby. Sebagai first timer parent, kita tak tau sangat tanda-tanda anak kita demam atau tak sihat kan. So, dengan adanya termometer ni, boleh la kita bertindak cepat kalau suhu badan anak lebih dari suhu normal. Ada macam-macam jenama di pasaran. Dari harga belasan ringgit hingga cecah ratusan ringgit pun ada. Bergantunglah pada kemampuan uols ye...

Item #6 : Kipas hikmat Faiq

Kipas Little Bean ni ummi beli saje-saje je sebab comel sangat. Menggunakan kuasa bateri, kipas ni boleh dikepit pada buaian, baby cot atau pun stroller baby. Tak berbahaya sebab bilah tu diperbuat daripada foam atau span nipis. Kat tengah-tengah tu ada lampu, bila dipasang suis, dia menyala. Harga masa beli RM19.90. Rasanya boleh dapat murah lagi bergantung pada jenama. Selalunya ummi kepit kipas ni kat buaian Faiq. Faiq akan leka tengok lampu kipas ni dan perlahan-lahan dia akan zzzzzzz.....

Item #7 : Minyak Yu Yee, Krim ruam lampin

Barang-barang kat atas ni pun penting jugak. Kalau tak ada, susah. Kiranya ianya must have items la. Tak mahal pun...cuma sebamed tu mahal sikit la... tapi mujarab.

Kat bawah ni ummi listkan link online shop dan juga kedai yang selalu  ummi shopping item-item di atas ye. Harap dapat membantu uols...

1. Little Whiz Marketing (Kedai dia ada dekat Setia Alam, Selangor. Boleh refer website utk dapatkan alamat) 


3. Fabulous Mom (selalu pergi outlet di Skudai (berhampiran Sutera Mall JB. Boleh refer website untuk tahu outlet di negeri lain)

4. QQ Kids City (kedai berhampiran Sutera Mall JB)

Monday, May 9, 2011

Cerita Ummi : Detik Kelahiran Faiq ( Part 2)

Sambungan dari part 1

Keesokan paginya ummi dah tak rasa sakit sangat. Sebelum masuk waktu Subuh nurse datang lagi ke bilik untuk cek bukaan pintu rahim. Baru bukak 6cm. Tanda-tanda nak bersalin macam turun darah dan air ketuban pun tak kelihatan. Nurse masukkan ubat untuk keluarkan najis. Tak sampai 3 minit terus ummi membuang...

Lepas sarapan roti bun seketul dan air milo bersama kurma 3-4 biji, ummi disuruh masuk ke labour room jam 7.30 pagi. Fuhh... berdebar-debar sangat perasaan waktu tu. Abi masuk sekali temankan. Opah dan tok dah tunggu kat luar labour room. Kat dalam tu sekali lagi nurse masukkan ubat induce melalui drip tangan. Lepas tu barulah ummi rasa the real contraction pain tu. MasyaAllah... tak tau nak cakap sakit macamana. Tuhan je la yang tau. Memang betul lah kata orang, sakit masa contraction tu lebih sakit dari sakit meneran. Masa tu lah ummi baca ayat-ayat yang ummi tau. Abi sempat bagi ummi minum air zam zam dan air akar genggam Fatimah. Dalam beberapa jam tu sakit makin lama makin kuat. Nurse 2 kali datang cek bukaan, tapi bukaan tak banyak perubahan. Naik pun cuma 1 cm je. Air ketuban pun dah dipecahkan. Sekali lagi aktiviti seluk-menyeluk berlaku hadoiii....Dalam pukul 10.00 pagi tu ummi dah tak tahan sangat, ummi panggil nurse nak mintak ubat bius sekali lagi. Nurse terus keluar nak ambik ubat bius. Tapi kemudian dia datang balik dengan Dr. Siti yang baru sampai hospital. Dr. Siti cek bukaan dah 8cm. Ummi pun dah rasa macam nak meneran sebab sakitnya rasa macam nak buang air besar. Dr. Siti terus cakap, tak payah ubat bius... terus bersalin.

Nak teran supaya Faiq keluar pun tersangatlah susah sebab tak ada pengalaman. Nurse dan Dr. ajar macamana nak meneran. Dua-dua belah kaki ummi di gantung dekat palang supaya punggung tak terangkat. Bayangkan betapa seksa dan lenguhnya kaki sementara nak meneran tu. Alhamdulillah dengan 3x teranan, Faiq pun melihat dunia. Dr. sempat letak Faiq atas dada ummi. Lega ummi bila tengok Faiq.

Episod jahit-menjahit pun bermula. Abi dah keluar bawak Faiq untuk diazankan. Sebelum jahit, Dr. Siti suntik ubat bius di peha ummi, jadi sepanjang proses jahitan ummi tak rasa sakit langsung. Cuma ada rasa sedikit ngilu je.

Selesai proses, ummi disorong balik ke bilik. Tak lama lepas tu Faiq pun dibawa ke dalam bilik. Nurse suruh susukan dengan susu badan. Sempat pulak diajar cara-cara nak menyusukan. Alhamdulillah, Faiq senang je menyusu. Ummi ditahan di wad sampai keesokan harinya. Nani dan Nana serta maksu Faiq pun datang dari Taiping nak tengok Faiq. Teruja diorang tengok wajah comel Faiq.



Itulah cerita pengalaman ummi. Terus terang ummi cakap masa lepas bersalin tu fobia nak pregnant lagi. Tapi lepas sakit dah hilang teringin pulak nak mengandung lagi. Harap-harap kalau ada rezeki mengandung lagi ummi nak anak gegirl pulak lah...

Cerita Ummi : Detik Kelahiran Faiq ( Part 1)

Ermmm... tak tau macamana nak mula. Oklah... seperti yang ummi bagitau dalam entry sebelum ni, Faiq lahir seminggu lebih awal dari tarikh jangkaan. Semuanya berlaku selepas ummi pergi check-up kali terakhir di Shah Alam Specialist Hospital (SALAM) pada petang Isnin, 21 Februari 2011.

Seperti biasa, bila buat check-up, pembantu Dr. Siti (gynae ummi) buat ujian tekanan darah dan air kencing, kemudian laporan ujian diserahkan terus kepada Dr. Siti. Bila ummi masuk je ke bilik Dr. Siti, belum pun ummi duduk, Dr. Siti dah cakap tekanan darah ummi tinggi dan tak baik untuk baby dalam perut. Ummi terkejut dengar sebab tak sangka dapat darah tinggi pulak. Lepas tu Dr. Siti periksa lagi tekanan darah dan result nya sama jugak. Dr. Siti suruh baring atas katil untuk scan. Dia cakap Faiq dah engaged ke tempat sepatutnya dan water bag dah makin kurang. Seminggu sebelum tu pun Dr. dah cakap water bag memang kurang. Oleh sebab tekanan darah yang tinggi dan paras water bag yang berkurangan, Dr. Siti tak ada pilihan lain, terpaksa induce ummi... meaning that ummi kena bersalin cara paksa.

Petang tu jugak ummi daftar dan dimasukkan ke wad. Perasaan waktu tu usah cakapla... berdebar-debar dan tak bersedia langsung! Bayangkan datang sehelai sepinggang. Hari tu opah dan Paksu Faiq yang temankan ummi buat check up. Abi dah balik Johor. Bila ummi dapat tau kena admit ke wad, terus ummi bagitau opah Faiq dan telefon abi. Opah Faiq terkejut jugak masa dibagitau. Cepat-cepat opah Faiq ajak Paksu balik rumah ambik barang-barang ummi. Nasib baik barang dah di'pack' awal.

Masa daftar di kaunter, cashier tak tanya pun ummi nak bilik yang macamana. Ummi pun tak teringat nak cakap. Bila dah selesai buat deposit payment, terus nurse bawak ummi ke wad Anggerik di tingkat 2 hospital. Bila sampai je, ambik ko... diorang bagi ummi bilik sorang-sorang. Ummi ingatkan bilik share 2 orang sebilik. Tapi bila fikir-fikir balik bagus jugak dia bagi bilik single, tak kacau patient lain dan senang abi nak temankan ummi nanti.

Lepas tukar baju hospital, tak lama lepas tu dalam pukul 5.00 petang nurse datang bawak ubat kurangkan tekanan darah tinggi. Kemudian ummi dipakaikan alat CTG kat perut untuk monitor denyutan jantung Faiq. Nurse suruh rehat sebab sejam lepas tu diorang nak bagi ubat induce. Dalam masa sejam tu, ummi baring je la sebab tak boleh nak gerak bila dah dipasangkan alat tu. Boring-boring, sempatlah ummi snap gambar sekeping dua dalam keadaan baring tu.

Alat CTG

pemandangan bilik dari katil




Dalam pukul 6.00 lebih, nurse pun datang. Ummi pun dimasukkan ubat induce atau orang cakap ubat paksa bersalin. Ubat tu macam pil panadol yang dimasukkan ke dalam pintu rahim untuk mempercepatkan bukaan. Sakitnya Tuhan je lah yang tau. Bab seluk menyeluk ni memang ummi fobia. 
Dalam masa sejam lebih, ummi dah mula rasa sakit kat bahagian pinggang. Tapi tak lah sakit sangat. Just light pain gitu. Waktu tu abi pun dah sampai dari Johor. Opah dan Tok Faiq pun ada sama dengan barang-barang ummi. Ada jugakla peneman ummi dalam waktu sakit-sakit tu. Lepas Isyak, sakit makin kuat. Nurse kejap-kejap datang cek tekanan darah. Lepas makan ubat darah tinggi petang tadi tu, tekanan terus turun. Nurse tanya sakit ke tak. Ummi cakap sakit tapi masih boleh bertahan lagi. Nurse pesan, kalau sakit sangat dan nak mintak ubat bius panggil diorang. Ummi angguk jela...

Pukul 10.00 malam ummi dah tak dapat nak tahan sakit. Badan sampai menggigil-gigil menahan sakit. Opah Faiq kesian kat ummi. Berkali-kali dia suruh ummi mintak ubat bius tapi ummi sengaja lengah-lengahkan. Sebab kalau nak ubat bius, nurse kena seluk lagi untuk cek bukaan pintu rahim. Ummi sangatlah takut buat prosedur tu. Tapi oleh sebab makin lama makin sakit tak tertahan, ummi panggil jugak nurse mintak ubat bius tahan sakit. Nurse pun datang cek bukaan dah 4cm. Lepas tu  suntik dekat tulang punggung. Ummi pun dah tak ingat apa nama suntikan tu, tapi yang pasti bukan epidural.

Lepas suntik baru rasa lega sikit. Sakit tetap sakit, tapi tak lah sesakit sebelum kena suntik ubat. Nurse cakap paling lewat ummi akan bersalin esok paginya. Malam tu ummi tidur-tidur ayam je sebab nurse kejap-kejap datang bilik cek tekanan darah. Abi tidur dalam bilik wad temankan ummi. Opah dengan Tok pulak tak balik rumah malam tu. Diorang sanggup tunggu dan tidur dalam kereta sebab takut ummi bersalin awal-awal pagi. Kesian kat opah dan tok...

- cerita bersambung - 



Alhamdulillah... Selamat Sudah

Setelah lebih 2 bulan tak bersiaran, baru hari ni dapat meluangkan masa meng'update' blog. Alhamdulillah... putera yang aku dan suami nanti-nantikan selama 9 bulan telah pun selamat dilahirkan pada 22 Februari 2011, jam 10.25 pagi, awal seminggu dari tarikh jangkaan. Nama diberi, Muhammad Faiq Zikry Bin Muhammad Firdaus.

Faiq sehari selepas dilahirkan. Berat : 2.75 kg

Pada tarikh entry ini ditulis aku dah pun seminggu mula bekerja selepas bercuti panjang. Faiq aku hantar ke rumah pengasuh berdekatan dengan rumah aku. Alhamdulillah rezeki agaknya Tuhan nak bagi, aku dapat pengasuh yang baik dan tak berkira sangat. Namanya Kak Has. Nampaknya setakat ni Faiq OK je tinggal dengan Kak Has. Dapat pulak ramai kawan kat rumah Kak Has.

Bercakap soal rezeki, betul lah kata orang setiap anak yang dikurniakan Allah ada rezekinya. Faiq sejak lahir, ramai yang datang menziarah kat rumah mak aku di Meru, Klang. Bila dah ramai orang datang ziarah, banyaklah hadiah dan duit yang Faiq dapat. Alhamdulillah dan terima kasih sangat pada mereka yang bermurah hati. Abinya pulak lepas Faiq lahir, terus dapat offer kerja baru di UEM Land Berhad, Nusajaya, Johor. Company pun besar dan terkenal. Nampaknya kalau diizinkan Allah, Ummi + Abi + Faiq akan tinggal lama la kat Johor ni....

Untuk entry seterusnya, aku akan ceritakan pengalaman bersalinkan si Faiq yang comel tu. Tungguuu....

Faiq dah 2 bulan...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...