Dedikasi istimewa untuk permata hati kami...

Thursday, February 17, 2011

Khasiat Akar Fatimah

Semalam, jiran sebelah rumah mak aku yang baik hati telah memberikan Akar Fatimah yang orang dok selalu sebut bagus untuk dibuat selusuh untuk ibu-ibu yang tengah menunggu hari. Terima kasihlah acik Mah sebab sudi bagi akar tu sebab bukan mudah nak dapat benda ni. Hanya terdapat di Mekah saje. Kalau nak, kena minta tolong mana-mana jemaah yang nak pergi Mekah tolong belikan.

Macamana rupanya? Meh aku paste kan kat bawah ni...


Menurut kata acik Mah, akar Fatimah ni hendaklah direndam dalam air sehingga kembang dan diminum air rendamannya tu sewaktu dah mula rasa sakit nak bersalin. Mujarab untuk mempercepatkan bukaan pintu serviks dan seterusnya memudahkan kita untuk bersalin tanpa perlu menahan rasa sakit terlalu lama. Walaumacamanapun, kita tak bolehlah terlalu taksub sangat dengan khasiat akar ni takut jatuh khurafat/syirik pulak kan. Anggap je ianya sebagai satu ikhtiar untuk memudahkan bersalin. Rasa sakit dan lama masa sakit nak bersalin tu semuanya Allah jua yang tentukan.

Akar ni boleh digunakan balik untuk bersalin anak-anak yang seterusnya sebab no expiry date. Lepas dah guna, boleh jemur akar ni supaya kering balik dan simpan dalam bekas yang kering dan bertutup. Tahan bertahun-tahun.

Me, personally belum try minum lagi sebab rasa belum lagi nak bersalin. My mom dah sibuk suruh minum dari sekarang tapi aku tak berani la. Aku try google kat internet pasal pengalaman orang yang pernah minum air akar Fatimah ni, rata-rata cakap kena tunggu waktu dah rasa sakit baru leh minum. Kalau tak, nanti lagi susah nak bersalin.

So kawan-kawan yang ada pengalaman minum air akar Fatimah ni, sudi-sudikanlah share pengalaman korang dalam comment box saya ye. Nak jugak tau.

Oh ye, semalam my FIL (father-in-law) pesan suruh baca jugak Ayat 21-24 daripada Surat Al-Hasyr seberapa kerap yang boleh dan sapu kat perut. Ayat ni jugak bertindak sebagai selusuh atau memudahkan untuk bersalin nanti. Selain itu, kena rajin jugak ucapkan Doa Nabi Yunus semasa terperangkap dalam perut ikan Nun. Ayat untuk melepaskan diri daripada kesusahan : "LA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINAZZHOLIMIIN"

Semoga entry kali ni dapat memberikan sedikit info untuk bakal-bakal ibu di luar sana. Sharing is caring kan.... :)

Tuesday, February 15, 2011

CheckUp @ SALAM Specialist Hospital : Air Ketuban Kurang???

Petang semalam aku continue check up dengan Dr. Siti Mariam di SALAM Specialist. Hari yang sangat ramai orang. Aku sampai dalam pukul 2.15 petang, turn check up dapat pukul 4.00 petang.

Masuk-masuk je bilik Dr. Siti, macam biasa, dia sambut dengan penuh keramahan especially bila nampak suami aku masuk sekali. Agaknya, muka suami aku ni very rare dan senang orang nak cam dan ingat kot (maklumlah mamak campur melayu pakistan hehe)... kalau muka macam aku ni maybe dia tak berapa ingat sebab aku datang check up kat sana once in a blue moon je.

Scan kali ni nampak tak ada masalah pada mulanya. Pada minggu ke-37 (nak masuk 38), baby dah engaged ke tempat yang sepatutnya. Maknanya anytime boleh bersalin. Anggaran berat baby 3.3 kilo. Tapi masa dah nak selesai proses scan tu, tiba-tiba Dr. Siti notice air ketuban aku macam kurang. Dia kata index air ketuban aku macam at border line. Dia tanya samada aku kurang minum air ke. Aku sendiri tak tau nak jawab apa. Aku just cakap mungkin kot. Dr. nasihatkan aku suruh minum banyak air dan datang lagi next week untuk tengok index. Kalau kurang jugak, no choice, have to bersalin paksa through induce procedure next week. Waaaaa aku dah takut sangat ni.

Sebelum balik, Dr. Siti cuba tolong aku bukakkan 'jalan' sikit. Adoii dalam hati aku, "perluke prosedur ni???" Macamana caranya Dr. Siti tolong bukakkan? Dia cuba insert kat aku punya private part satu batang bebuli plastik and seriously benda tu memang tak boleh masuk coz tiap kali dia cuba insert, aku dengan automatiknya refuse. Frankly speaking, rasanya sakit and at that time memang aku tak bersedia langsung untuk itu. Bila Dr. cuba masukkan, aku terus keep on refusing, Dr. pun stop prosedur. Dia tak nak paksa dan dia cakap benda ni actually tak penting sangat pun. Dia cuma nak tolong supaya lebih cepat bersalin je. Aduyai Dr. Siti... kalau tak penting kenape buat?

Seriously, prosedur tu buat aku rasa fobia nak bersalin. Sekarang ni aku dok fikir bukan-bukan je. Dah la dengan masalah air ketuban kurang lagi... Sekarang ni suami paksa aku suruh minum air banyak-banyak. Sejam sekali mesti kena minum. Dah suami suruh, kena ikut la kan... Nanti derhaka pulak. Dah nak dekat bersalin ni, wajiblah patuh kata suami kan. Harap-harapnya check up next week condition aku ok. Chaiyok! Aja-aja fighting!

Monday, February 14, 2011

Bagaimana Memastikan Waktu Bersalin Sudah Tiba?

Pada 1872, seorang pakar obstektrik bernama Dr. John Braxton Hick telah menggambarkan 'kontraksi palsu' yang berlaku sebelum seseorang wanita benar-benar telah tiba waktu bersalin. Menerusi kaedah kontraksi BRAXTON HICKS anda boleh mengetahui samada ia benar atau palsu!

1. Masa
  • KONTRAKSI SEBENAR --> Tetap, berjarak 5-10 minit, bertambah kerap 30-70 saat lamanya dan tidak berhenti.
  • KONTRAKSI BRAXTON HICKS --> Tidak tetap, kekerapan yang sama, kurang dari 30 saat dan jangkamasa tak konsisten serta sakit semakin perlahan atau hilang terus.

2. Kekuatan
  • KONTRAKSI SEBENAR --> Semakin lama, semakin bertambah.
  • KONTRAKSI BRAXTON HICKS --> Selalunya lemah, atau kuat disusuli beberapa kontraksi lemah. Kekuatan sakit tidak semakin bertambah.

3. Perubahan Posisi
  • KONTRAKSI SEBENAR --> Terus bertambah walaupun posisi berubah.
  • KONTRAKSI BRAXTON HICKS --> Semakin perlahan atau hilang apabila anda mengubah posisi badan.

4. Sakit
  • KONTRAKSI SEBENAR --> Mungkin bermula di bahagian belakang (kawasan pinggang belakang), kemudiannya ke bahagian depan (perut).
  • KONTRAKSI BRAXTON HICKS --> Depan sahaja.


Artikel oleh : Rahaiza Ismail (Majalah Keluarga Harmoni)
Sumber : Laman web Positive Parenting

Friday, February 11, 2011

37 Minggu dan Berjauhan dengan Abi

Minggu ni kandungan aku dah masuk minggu ke-37. Setakat entry ni ditulis, aku ada 19 hari lagi untuk menjadi seorang ummi. InsyaAllah...

Minggu ni juga adalah minggu yang agak sukar bagi aku kerana terpaksa berjauhan dengan suami. Aku kini dah pun mula bercuti dan sekarang berada di rumah mak dan ayahku di Klang. Cuti sebulan tanpa gaji... memang sengaja aku ambik sebab aku perlukan waktu untuk merehatkan diri aku ni. Sementelah kandungan pun dah masuk 9 bulan... Berada di Johor tanpa kaum keluarga dan sedara mara terdekat agak merisaukan bagi first timer macam aku ni. Jalan terbaik, pulang ke rumah orang tua lah.

Bila tak bekerja mula lah rasa boring yang amat... Nasib baik la ada lappy yang sentiasa bersama aku. Boleh juga surf internet, berfacebook dan berblogging untuk menghilangkan rasa bosan. Miss Digi aku pun banyak membantu untuk berhubung dengan abi tersayang di Johor. Insyaallah hujung minggu ni encik suamiku akan pulang menjenguk. Lagipun hari Isnin ni dia nak temankan aku pergi check up dengan my gynae.

Keadaan aku sekarang ni dah sarat sangat. Kaki membengkak, pinggang dan kawasan ari-ari dah mula rasa sakit. Kalau ikutkan aku masih ada hati lagi nak berjalan-jalan keluar, tapi mengenangkan dah tak larat, aku cuma selesa duduk di rumah je. Kadang-kadang jadi driver untuk mak aku kejap kalau dia nak bershopping dekat2 sini.

Barang-barang baby dan barang aku semua dah standby dalam beg. Tinggal tunggu hari je lagi.Tak sabar rasanya menunggu hari baby keluar. Tak sabar nak tengok muka dia... Adakah secomel aku? Hehehe....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...